Wednesday, 21 February 2018

Ulangkaji: Talian Atas Voltan Tinggi


Soalan Objektif

1.            Di dalam sistem talian voltan tinggi 33kV, berapakah bilangan penebat tudung dan pin digunakan di tiang gantungan (suspension pole) ?
A.            1
B.            2
C.            3
D.            4

2.            Di bawah ini adalah kenyataan mengenai tanduk arka yang dipasang pada sistem talian voltan tinggi KECUALI
A.           mengambil alih sebarang arka yang terjadi melintasi rangkai penebat
B.            mengelakkan daripada penebat mengalami kerosakan
C.            dipasang berserta dengan set gantungan dalam bentuk kembar diskrukan ke pencengkam gantungan
D.            dibina untuk menanduk pancaran arka apabila berlaku pancaran kilat

3.            Berapakah kelegaan talian voltan tinggi 6600V dengan bumi yang merentangi jalanraya ?
A.            5.49m
B.           5.79m
C.            5.80m
D.            6.10m

4.            Berapa lamakah pengalir dibiarkan untuk tegangan bunuh bagi pengalir berkembar dan pengalir padu ?
A.            5 minit dan 1 minit
B.            20 minit dan 5 minit
C.            10 minit dan 1 minit
D.            20 minit dan 1 minit

5.            Nyatakan faktor-faktor yang menghadkan span maksima bagi sistem talian voltan tinggi
i.              kelegaan talian ke bumi
ii.             kekuatan tiang dan tapak asas
iii.            kemungkinan pengalir bersentuh
iv.           jenis tiang yang digunakan
v.            jenis pengalir yang digunakan

A.           i, ii dan iii
B.            i, ii, iii dan iv
C.            i, ii, iv dan v
D.            semua di atas

6.            Berapakah keupayaan arus yang boleh dibawa oleh pengalir silmalec bersaiz 100mm2
A.            260A
B.            250A
C.            240A
D.           236A

7.            Apakah jenis umbang yang digunakan bagi tiang pertengahan voltan tinggi ?
A.            umbang terbang
B.           umbang angin
C.            umbang biasa
D.            umbang penolak luar

8.            Apakah bahan-bahan logam campuran pengalir silmalec
i.              aluminium
ii.             magnesium
iii.            silicon
iv.           tembaga
v.            gangsa

A.            ii, iii dan iv
B.            i, ii dan v
C.            i, ii & iii
D.            i, ii, iii, iv dan v

9.            Dalam menentukan supaya motor 3 fasa tidak pusing terbalik apabila diberikan bekalan, bekalan masukan perlu diuji dengan _______ terlebih dahulu.
A.            Phase rotation stick
B.            Voltage indicator
C.            Phase rotation meter
D.            Live phasing stick

10.          Apakah yang perlu dilakukan supaya tiang voltan tinggi 33kV tidak terbenam apabila ditanam di tanah yang tidak baik ?
A.            tanam 5 batang cerucuk bakau berukuran 50mm garis pusat
B.           tanam 9 batang cerucuk bakau berukuran 75mm garis pusat
C.            tanam 4 batang cerucuk bakau berukuran 75mm garis pusat
D.            tanam 8 batang cerucuk bakau berukuran 50mm garis pusat

11.          Tiang untuk talian atas voltan tinggi 33kV perlu dibumikan _______ kali dalam _______  batu sekurang-kurangnya.
A.            2 dan 2
B.            3 dan 1
C.            4 dan 1
D.            3 dan 2

12.          Apakah yang dimaksudkan dengan Earth ON pada suis gear RMU jenis Tamco, Brush dan Long & Crawford ?
A.            pada kedudukan ini ujian penebatan pada kabel boleh dilakukan
B.           pada keadaan ini spike penguji (test spike) boleh dimasukkan dalam RMU dari bahagian atas
C.            pada keadaan ini basbar telah dibumikan
D.            ujian boleh dibuat pada basbar

13.          Nyatakan jarak antara tiang ke tiang talian atas 11kV ?
A.           lebih kurang di antara 100m hingga 130m
B.            lebih kurang di antara 50m hingga 80m
C.            lebih kurang di antara 130m hingga 160m
D.            lebih kurang di antara 160m hingga 200m

14.          Saiz dawai talian bumi jenis talian tembaga yang selalu digunakan pada sistem talian atas 33kV
A.           Dawai keluli galvanis grade 700/45 ton 7/200m
B.            Dawai keluli galvanis grade 1150/70 ton 7/200m
C.            Dawai keluli galvanis grade 1150/70 ton 8/200m
D.            Dawai keluli galvanis grade 700/45 ton 8/200m

15.          Berikut adalah kenyataan yang BETUL berkenaan sistem talian atas voltan tinggi 33kV
i.              kelegaan minimum bagi kedudukan tidak boleh dimasuki kepada lalulintas kenderaan ialah 5.8m
ii.             perantaraan di antara fasa di udara yang minima adalah 4.32m (17in.)
iii.            penebat yang selalu digunakan ialah penebat pin atau set penebat gantung
iv.           menggunakan pengalir silmalec bersaiz 100mm2 dan 150mm2

A.            i, ii dan iii
B.            ii, iii dan iv
C.            i, ii dan iv
D.            semua di atas

16.          Berikut adalah aksesori set gantunggan yang digunakan pada talian atas voltan tinggi 11kV dan 33 kV. Pilih jawapan yang betul.
i.              soket kelvis
ii.             pencengkam gantunggan
iii.            bebola penyangkuk
iv.           penyangkuk U
v.            penebat pin

A.            ii dan iii
B.            ii, iii dan v
C.            iii, iv dan v
D.           semua di atas

17.          Berapakah bilangan penebat pin yang digunakan untuk sistem gantungan talian atas voltan tinggi 11 kV .
A.            1
B.           2
C.            3
D.            4


18.          Apakah perbezaan utama di antara set tegangan sistem  talian atas voltan tinggi 11kV dan 33kV
A.            Jenis penebat
B.            Pencengkam tegangan
C.            Soket Kelvis
D.           Tandok arka

19.          Berikut adalah kenyataan bagi pemutus litar jenis isian minyak. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR.
A.            Digunakan untuk perlindungan arus lebih beban yang kecil pada kadar 400 VA hingga 2500 MVA
B.            Sesentuh direndam ke dalam minyak galian untuk mengurangkan percikan bunga api.
C.            Kandungan minyak yang lebih di dalam pemutus litar akan menyejukkan sesentuh bertambah cepat.
D.            Pemutus litar jenis ini memainkan dua peranan dua peranan sekali gus iaitu sebagai pelindung arus lebih dan pengasing.


20.          Berikut adalah kenyataan bagi pemutus litar jenis SF6,  pilih kenyataan yang TIDAK BENAR
i.              Saiznya lebih besar
ii.             Ia mampu berkendali pada kadar voltan 35000 MVA hingga 50000 MVA
iii.            Harga dan penyelengaraannnya lebih murah
iv.           Ia biasa digunakan bersama-sama dengan pemencil (isolator) dan ditempatkan di luar bangunan.

A.            i, ii dan iii
B.           i, ii dan iv
C.            ii, iii dan iv
D.            semua di atas.

21.          Berikut adalah kenyataan mengenai kebaikkan geganti KECUALI
A.            Boleh dikendalikan dari jarak jauh untuk mengadakan kawalan tambahan
B.           Lebih mudah dibaiki jika berlaku kerosakkan.
C.            Mudah dikendali, cepat dihidupkan selepas kerosakkan litar dibaiki.
D.            Kawalan tanghkai suisnya mudah dikendali dan tidak memerlukan tenaga yang kuat

22.          Pembekal tenaga elektrik menetapkan beberapa sistem bekalan untuk pengguna, antaranya
i.              pengguna kecil - arus terus atau arus ulang alik satu fasa dengan menggunakan 2 dawai sebagai penghantar bekalan
ii.             pengguna sederhana - arus ulang alik 3 dawai sebagai penghantar bekalan
iii.            pengguna sederhana besar - arus ulang alik 3 fasa dengan 2 dawai setiap fasa sebagai penghantar bekalan
iv.           pengguna besar - arus ulang alik 4 dawai sebagai penghantar bekalan kepada pengguna

A.            i, ii dan iii
B.            ii, iii dan iv
C.            i, ii dan iv
D.            semua di atas

23.          Pilih kenyataan yang TIDAK benar untuk pemilihan pepasangan umbang bagi voltan tinggi 33 kV
A.            Pepasangan umbang bergantung kepada kedudukan tiang, saiz pengalir dan saiz dawai bumi
B.            Pemilihan pepasangan umbang mestilah bersesuaian mengikut pemilihan tiang
C.            Di mana perlu, umbang talian hendaklah digunakan pada kedudukan bersudut untuk melindungi kerosakkan akibat daripada pengalir putus
D.           Untuk pepasangan umbang, pepasangan yang maksima perlu dilakukan untuk mendapatkan sistem penghantaran yang baik.

24.          Di antara penjagaan berikut yang manakah perlu bagi talian atas voltan tinggi (sehingga 33kV) yang ditanam di tanah yang berkemungkinan menyebabkan tiang tersebut terbenam ?
A.           Cerucuk bakau
B.            Ban
C.            Sarung pelindung bumi
D.            Bol tindih dan bol terus

25.          Berapakah kelegaan ke bumi (perantaraan di antara pengalir terbawah dengan paras tanah) bagi talian voltan tinggi (sehingga 33kV) yang merentangi kawasan tanah lapang ?
A.            6.1m (20 kaki)
B.            5.8m (19 kaki)
C.            5.5m (18 kaki)
D.            5.2m (17 kaki)

26.          Pilih ciri-ciri yang digunapakai semasa kerja-kerja mendirikan tiang untuk penghantaran voltan tinggi di tanah yang berpaya.
i.              air paya perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dimulakan
ii.             cerucuk bakau perlu ditanam dibawah lubang sebelum tiang didirikan
iii.            9 batang kayu cerucuk berukuran 75 mm garispusat perlu ditanam sehingga mendapat rintangan bumi yang normal
iv.           semasa menimbus lubang, tanah dari tempat lain yang lebih baik perlu digunakan

A.            i, ii dan iii
B.           ii, iii dan iv
C.            i, ii dan iv
D.            semua di atas

27.          Di antara berikut yang manakah jenis-jenis tiang penyokong talian atas voltan tinggi (sehingga 33kV) ?   
i.              Tiang sesalur terus
ii.             Tiang pertengahan
iii.            Tiang sudut
iv.           Tiang sesalur terus dengan tamatan tee
v.            Tiang tamatan
vi.           Tiang sesalur terus bersudut

A.            i, ii, iii
B.            i, iii, v
C.            ii, iii, v
D.            ii, iii, vi

28.          Di antara kenyataan-kenyataan berikut yang manakah TIDAK BENAR ?
A.            Drum pengalir hendaklah digerakkan mengikut anak panah bagi mengelakkan ianya terombak
B.            Elakkan melarikan pengalir di permukaan yang kasar dan keras
C.            Dawai bumi dinaikkan dan dilarikan terus ke dalam takal pada tiang pembahagian
D.            Tegangan bina, tegangan bunuh adalah turutan tegangan yang perlu dilakukan dalam pembinaan talian voltan tinggi

29.          Di manakah jenis kedudukan tiang yang terdapat set gantungan ?
A.            tiang sudut
B.            tiang pembahagian
C.            tiang tamatan
D.           tiang pertengahan

30.          Jika talian atas hendak dipasang selari dengan talian yang sedia ada, apakah langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan ?
A.            memotong bekalan elektrik di talian yang sedia ada
B.            pasang penebat di talian sedia ada
C.            dibumikan kedua-dua hujuang setiap bahagian ke dawai bumi yang mempunyai keterusan.
D.            memasang pendinding di antara talian sedia ada dan talian yang sedang dipasang

31.          Nama penuh SF6 adalah
A.            Sulfur tetraflorida
B.           Sulfur heksaflorida
C.            Sulfur florida
D.            Sodium florida
32.          Di manakah jenis kedudukan tiang yang terdapat set tegangan ?
i.              tiang sudut
ii.             tiang pembahagian
iii.            tiang tamatan
iv.           tiang pertengahan

A.            i sahaja
B.            ii dan iii
C.            i, ii dan iii
D.            semua di atas

33.          Apabila berlaku panahan kilat di sekitar kawasan pemasangan talian atas, apakah langkah-langkah yang perlu dibuat ?
A.           kerja hendaklah diberhenti serta merta
B.            dibumikan talian yang sedang dipasang
C.            pasang penangkap kilat
D.            tunggu dan lihat samada kilat berlaku lagi atau tidak

34.          Bagaimanakah cara untuk mengelakkan kejadian kemalangan talian atas dari berlaku setelah kerja pepasangan talian siap dibina ? 
A.           dengan memasang notis tanda ‘BAHAYA’
B.            dengan menempatkan pegawai keselamatan sepanjang talian
C.            dengan menyalurkan bekalan voltan 1 fasa 240V ke semua pengalir
D.            tidak perlu berbuat apa-apa kerana tiang terlalu tinggi

35.          Drum pengalir hendaklah digerakkan mengikut arah anak panah yang terdapat pada drum. Apa akan terjadi jika drum tersebut digerakkan melawan arah anak panah ?
A.            Pengalir akan rosak
B.           Pengalir akan terombak
C.            Pengalir akan kendur setelah dipasang
D.            Semua jawapan di atas

36.          Faktor-faktor yang menghadkan span maksima adalah
i.              jenis dan panjang talian
ii.             kelegaan talian ke bumi
iii.            kekuatan tiang tapak asas
iv.           kemungkinan pengalir bersentuh

A.            i dan ii
B.            i, ii dan iii
C.            ii, iii dan iv
D.            semua di atas

37.          Umbang angin digunakan pada tiang ;
A.            Tiang tamatan
B.            Tiang pertengahan
C.            Tiang bersudut
D.            Tiang pembahagian

38.          Talian tugas berat adalah;
A.            Dawai keluli galvanis grade 700
B.            Talian yang menggunakan saiz pengalir yang lebih daripada 0.05 sq in tembaga
C.            Pengalir Simalec
D.            Tiada jawapan


39.          Dua jenis penebat yang selalu digunakan di dalam talian atas voltan tinggi adalah;
A.            Penebat PVC dan PVC/PVC
B.            Penebat pin dan penebat tudung & pin
C.            Penebat porcelain dan penebat PVC
D.            Penebat Fiber dan penebat kaca

40.          Dalam sistem talian atas 11/33 kV, biasanya satu set tegangan (tension) mempunyai beberapa keping penebat kaca :
A.            2 keping
B.            3 keping
C.            4 keping
D.            5 keping

41.          Dalam talian atas voltan tinggi, 2 dawai bumi sering digunakan apabila ia di           dalam    keadaan :
i.              apabila terdapat pengalir merentang jalan raya, landasan keretapi dan                                                    laluan telefon
ii.             kawasan dimana terdapat paras kerosakan ke bumi tinggi
iii.            pada talian tugas berat apabila menuju ke pencawang
iv.           Di antara tiang jarak jauh

A.            i, ii dan iii sahaja
B.            i, iii dan iv sahaja
C.            ii, iii dan iv sahaja
D.            semua di atas

42.          Pengalir dari jenis simalec dalam talian atas voltan tinggi adalah campuran bahan logam dari :
A.            Aluminium, kuprum dan keluli
B.            Aluminium, zink dan kuprum
C.            Aluminium, magnesium dan silicon
D.            Magnesium, kuprum dan silicon

43.          Penebat pin diperbuat daripada :
A.            Faber atau kaca
B.            Porcelain
C.            Tembikar atau kaca
D.            PVC



Soalan Subjektif

1.                   Sebutkan 5 nama tiang-tiang elektrik yang selalu terdapat pada talian atas voltan tinggi mengikut kedudukannya.

Jawapan
i.              Tiang pertengahan.
ii.             Tiang pembahagian.
iii.            Tiang sudut.
iv.           Tiang tamatan.
v.            Tiang jarak jauh.

2.            Terangkan apakah maksud talian ini di dalam sistem talian atas voltan tinggi 11KV.

a.            Talian tugas ringan.

Jawapan:
i.              Talian tugas ringan adalah menggunakan talian pengalir tembaga sehingga termasuk pengalir bersaiz 0.05in per.
ii.             Dawai bumi yang digunakan bersaiz 2/2.00mm grade 700N/mm2.
iii.            Pada kedudukan pertengahan penebat pin digunakan. Pada kedudukan tamatan, pembahagian dan sudut penebat cekara digunakan (2 ceper/cakera tegengan untuk 11KV dan 3 ceper/cakera
 untuk 33KV.

b.            Tegangan tugas berat.

Jawapan:
i.              Talian ini menggunakan pengalir simalec bersaiz 100 mm2 dan 150 mm2.
ii.             Dawai bumi yang digunakan adalah  bersaiz 7/2.65mm atau 7/2.00mm grade 700N/ mm2.
iii.            Lazimnya set penebat gantungan di gunakan.


No comments:

Post a Comment