Monday, 5 February 2018

Ulangkaji Pemasangan Kabel

1.               Dua (2) jenis pendawaian sesalur yang terdapat dalam pepasangan industri.
a)Sistem bus-bar sesalur atas
            b)Sistem bus-bar sesalur memanjat

2.         Lima (5) kebaikan pepasangan sesalur
            a)Dapat menampung kabel yang banyak
            b)Kerja pemasangan cepat
            c)Perlindungan mekanikal yang baik
            d)Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu
            e)Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan

3.         Berapakah arus yang dibawa oleh  kabel core paper insulated belted lv/mv (pilcdstas)  
            sekiranya saiz kabel adalah 16mm².
           72 Amp
                                                                                                                                                                                           
4.        Kenapakah sistem palang bas sesalur memanjat (riser bus bar system) digunakan pada struktur 
     bangunan yang bertingkat-tingkat?
     Kemampuan kabel membawa arus yang terhad menyebabkan bar kuprum
     digunakan untuk membawa arus lebih tinggi bagi membekalkan bekalan kuasa
     ke setiap pengguna bagi setiap tingkat.

5.        Berikan salah satu kabel yang digunakan di dalam sistem palang bas sesalur memanjat (riser bus 
           bar system).
           kabel core paper insulated belted lv/mv (pilcdstas)  

6.      Nilai arus yang dibawa oleh kabel core paper insulated belted lv/mv (pilcdstas) sekiranya  
            saiz kabel adalah 35mm².
            112 Amp
              

7.        Empat (4) jenis dulang kabel
            Perforated Cable Tray (jenis talam kabel berlubang)
           Ladder Cable Tray (jenis talam kabel bertangga)
           Solid Bottom Cable Tray (jenis talam kabel bawah pejal)
          Trough Cable Tray (jenis talam kabel palung)


8.         Dua kegunaan dulang kabel
            Menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel
            Memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak yang luas/terbuka

9.         Tiga (3) nama alatambah yang diperlukan dalam pemasangan pendawaian dulang  
            kabel berlubang .
             Gergaji besi (hacksaw)
            Sesiku L
            Pemotong Keluli (zink cutter)

10.         Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan sistem pendawaian salur.
            Sistem pendawaian kebanyakannya digunakan di bangunan-bangunan pejabat . Salur dipasang dibawah lantai, sebelum lantai disimen, oleh sebab itu salur ini biasanya juga disebut salur bawah lantai. Salur dipasang untuk membawa pengalir litar kuasa, litar talefon, signal sistem dan lain-lain.
            
11.        Nyatakan 5 ciri-ciri pemilihan pemasangan salur           
            a)Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak
            b)Memerlukan kekemasan dan kecantikan
            c)Perlindungan yang lebih
            d)Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa
            e)Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang


12.        Berikan 2 kebaikan dan 2 keburukan pemasangan salur.
            
Kebaikan
Keburukan

·         Kos pemasangan murah


·         Merosakkan lantai semasa pemasangan.
·         Perlindunagan mekanikal yang baik


·          membazir kerana tidak keseluruhan salur digunakan.










13.        Nyatakan  peraturan elektrik mengenai pemasangan salur.
             a)Faktor ruang bagi salur ialah 35%
             b)Salur yang dipasang dalam konkrit hendaklah mempuyai ketebalan jejari konkrit lapisan lepa tidak kurang 15mm.


14.          Berapakah nilai saiz kabel yang dpt ditampung oleh kabel core paper insulated belted lv/mv  
            (pilcdstas) sekiranya arus adalah 330 Amp.
              300mm2

15.          Berikan kelebihan pengalir yang diperbuat daripada tembaga dan aluminium.

            
Tembaga
Aluminium

·         Tidak mudah patah

·         Harga murah
·         Pengaliran baik

·         Ringan



16.        Apakah yang dimaksudkan dengan XLPE

           Maksud “XLPE” ialah “Cross Link Poly Ethylene”. Penebatnya dibuat daripada bahan plastik yang diberi nama  “Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa terdiri dari pengalir aluminium dan tembaga.

            
17.      Nyatakan jenis-jenis kabel bawah tanah
         PVA/SWA/PVC FOUR CORE CABLE
         PVC/SWA/PVC MULTICORE PILOT CABLE
          4 CORE PAPER INSULATED BELTED LV/MV CABLE(PILCDSTA) 
         
             
18.      Berapakah nilai saiz kabel yang dpt ditampung oleh kabel core paper insulated belted lv/mv  
        (pilcdstas) sekiranya stranding kabel tersebut adalah 37/2.52 mm
        185mm2





No comments:

Post a Comment