Wednesday, 7 February 2018

Pengenalan sistem pendawaian sesalur


Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut.Dalam sistem bus- bar sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan busbar.

Pada kebiasannya sistem pendawaiansesalur tidak boleh bersendirian, tetapiperlu dibantu oleh sistem-sistem pendawaian yang lain bersama-samanya untuk membekalkan arus ke beban yangdiperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang ditempat yang sesuai dengan kedudukan beban.

Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan di gelar sesalur bucu dinding.

Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang besar. Disamping itu ia dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik. Oleh kerana sukar untuk membengkokannya, perancangan teliti perlulah diberi perhatian agar perjalanan pemasangan sesalur itu beradapada jalan yang selurus-lurusnya.


Kebaikan pemasangan sesalur ini :-
1. Ia dapat menampung kabel litaryang banyak dan besar.
2. Tambahan, perubahan danpertukaran litar mudah dilakukan.
3. Kerja pemasangannya cepat.
4. Perlindungan mekaniknya baik.
5. Tidak mudah dirosakkan olehperubahan cuaca dan suhu.
6. Pemeriksaan sesuatu litarmudah dilakukan iaitu denganmembuka penutupnya.


Keburukan sistem sesalur ini pula :-
1. Memerlukan perbelanjaan yanglebih untuk membeli   
    sesalur.
2. Ramai pekerja yang mahirdiperlukan.
3. Mudah ditempati habuk dankekotoran.
4. Susah dibawa dan dipasang.
5. Tidak cantik.
6. Memerlukan perancangan yangteliti di tempat ia    
    akan dipasang.
7. Untuk perjalanan pendawaianyang searah sahaja -   
    tidak berliku-liku.


Jenis Sistem Pendawaian Sesalur :-

Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar kecil akhir dan banyak bahaya mekanik.


Jenis pendawaian sesalur:-


Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

•Sistem bus-bas sesalur atas
•Sistem bus-bar sesalur memanjat





No comments:

Post a Comment