Tuesday 29 March 2016

Contoh Soalan Akta

Sebuah Kilang Sawit menerima bekalan 415V, 1000A, dari pemegang lesen ,tidak disenggarakan dengan sempurna. Kelengkapan Papan Suis Utama banyak yang rosak dan tidak diganti .Olehkerana ACB utama sering terpelantik pihak pengurusan telah mengarahkan Penjaga Jentera Elektrik pepasangan  itu mengubah tatahan geganti perlindungan .

Mengikut Akta Dan Peraturan  Elektrik, huraikan tindakan yang boleh diambil oleh             
Suruhanjaya keatas ,

a )Pepasangan itu
b ) Pihak pengurusan pepasangan itu.
C ) Orang kompeten pepasangan itu.


JAWAPAN

a) pepasangan
Bahagian IX, seksyen 38 .   (1) Jika mana-mana orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen mendapat keterangan dimana-mana premis yang pada pendapatnya membuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan dibawah seksyen 37 (1), 37 (3) atau 37 (14), pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberikuasa sewajarnya oleh pemegang lesen boleh, dengan memberi notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan, menyebabkan bekalan elektrik diipotong daripada premis tersebut.
Bahagian IX, seksyen 38         (2) Jika bekalan elektrik telah dipotong dibawah subseksyen (1), maka ia tidaklah boleh disambung semula sehinggalah pemegang lesen menurut budi bicaranya memberikan kebenaran bagi penyambungan semula:
Dengan syarat bahawa tempoh pemotongan itu tidaklah melebihi tiga bulan.

b) pihak pengurusan pepasangan
Bahagian IX, seksyen 37 (1) Telah melakukan suatu kesalahan mengganggu atau melaraskan apa-apa pepasangan dan bagi setiap kesalahan sedemikian, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
ATAU
Bahagian IX, seksyen 37 (3) Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang boleh dikenakan apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

c) orang kompeten pepasangan

Bahagian IX, seksyen 37 (7) Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagaian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Monday 28 March 2016

"Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang "

Di nyatakan di BAHAGIAN IX (KESALAHAN DAN PENALTI) di bawah seksyen 37 (3). "Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang " bermaksud:

             a) mengambil elektrik;
             b) menggunahabis elektrik;
             c) mengguna elektrik;

d) mengubahpinda indeks apa-apa meter atau alat lain yang digunakan di atas atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan mana-mana pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan keluaran atau    penggunahabisan elektrik; atau

e) menghalang apa-apa meter atau alat sedemikian daripada merekodkan dengan sempurnanya keluaran atau penggunahabisan elektrik,


adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"salah laku yang serius" mengikut Akta dan Peraturan Suruhanjaya Tenaga

(a) tidur semasa bertugas;

(b) menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan kerana pengendalian tak cermat,

(c) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana pengendalian tak cermat;

(d) menyebabkan kerosakan pada kelengkapan kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang disediakan;


(e) menyebabkan bahaya kepada nyawa kerana abai menggunakan peranti keselamatan yang disediakan;

(f) berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau kedua-duanya sekali semasa bertugas;


(g) membuat atau menyebabkan dibuat pengisytiharan, perakuan atau representasi palsu atau fraud secara bertulis atau selainnya; atau

(h) gagal menjalankan apa-apa tugas yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan                     ini.

TINDAKAN YANG BOLEH DI AMBIL :(PERATURAN 59 (NO.3))

Suruhanjaya boleh mengendors, menggantung atau membatalkan mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dalam hal salah laku yang serius.