Wednesday 19 September 2012

Kursus SLDN

Pada 13.9.2012 dan 14.9.2012 yang lepas, guru-guru di Jabatan Penyejukan dan Penyamanan Udara telah menghadiri kursus Sistem Latithan Dual Nasional (SLDN) yang bertempat di SMV Matang. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Latihan dan Bimbingan Sekolah (ULBS). Penceramah dijemput dari CIAST iaitu Pn. Norhayati. Turut hadir ialah wakil pegawai dari JPK Putrajaya, JPK Wilayah Sarawak, Tn. HJ. Marzuki b. Kemi (BPTV), wakil-wakil industri dan wakil guru-guru sekolah menengah vokasional seluruh Sarawak.

Kursus VTO

Pada minggu depan, kebanyakan guru PPU akan menghadiri Kursus Vocational Traning Officer (VTO) yang dijalankan oleh pihak CIAST. Untuk menjimatkan kos, kursus ini akan diadakan di sekolah. Kursus ini berjalan selama lima hari dari 24.9.2012 sehingga 28.9.2012. Ia akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang setiap hari. 

Antara yang terlibat ialah En. Ambrose, En. Sigal, En. Josep, En. Leong, dan En. Zaharuddin. En. Alfred pula akan menghadiri temuduga VTO pada 25.9.2012. Semoga semua berjaya mendapat sijil VTO masing-masing.

Saturday 14 July 2012

Penerima APC 2012

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2012 dari SMV Matang.

Penerima APC dari kiri:
Alfred Ak Aji, Spencer, Sutekno, Ismail Bol, Yusof Johari, Ahmad Latif, Lydia Fred, Lizawati, Dayang Rasiah, Sim, Siti Rahmah dan Norhayati Goh.

Majlis disempurnakan oleh Pengarah BPTV Tn. Hj. Ahmad Tajuddin b. Jap.

Thursday 12 July 2012

Sekitar 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Gelagat guru-guru semasa senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada hari Isnin 10.7.2012.  



Memang bersemangat la cikgu Sigal dengan Cikgu Arzhad ni..



 Gaya apa tu?

Tengok gaya Ketua Bengkel PPU, Cikgu Alfred tu. Macam nak main tinju pun ada. huhu

Monday 2 July 2012

Sukan Tahunan

Sukan tahunan sekolah akan berlangsung pada Hari Jumaat ini. Inilah kali pertama aku jumpa dengan program sukan yang sehari suntuk dilangsungkan pada hari Jumaat. Program ini akan dirasmikan oleh YB Len Talip.

Acara akan bermula seawal pukul 8.00 pagi dan dijangka tamat pada pukul 4.30 petang di langsungkan di Stadium Negeri.

Bagi ibubapa yang ingin menjemput anak balik hujung minggu, diminta menunggu di perkarangan sekolah selepas selesai program.

Wednesday 20 June 2012

Hari Permuafakatan

Sekolah Menengah Vokasional Matang akan mengadakan Hari Permuafakatan pada Sabtu, 23 Jun 2012. Sehubungan dengan itu, semua ibubapa dijemput hadir untuk mengetahui perkembangan semasa anak-anak. Program akan bermula pada pukul 2.30 hingga pukul 4.00 petang. Surat jemputan telah diedarkan melalui anak jagaan masing-masing. 

Hari tersebut merupakan hari sekolah ganti dan menggunakan jadual pada hari Selasa. Pada waktu pagi tersebut dimulakan dengan Sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Sunday 15 April 2012

Mesyuarat PIBG

Alhamdulillah, mesyuarat PIBG ke 18 dah selamat di jayakan. Ramai ibu bapa yang hadir sehingga ada yang berdiri di luar dewan kerana tidak cukup kerusi. Nampak meriah kerana ramai yang hadir. Cuma YB Fadillah tidak hadir, hanya mewakilkan sahaja. Tapi dengar khabar, RM5000 juga yang YB sumbangkan.

Semoga kerjasama pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa bertambah erat untuk kecemerlangan anak-anak pelajar SMVM.

Tuesday 10 April 2012

Sekolah ganti

Sekolah ganti yang telah ditetapkan KPM telah ditunda dari 14.4.2012 kepada tarikh yang baru iaitu 21.4.2012. Menurut pengetua, itu adalah ketetapan KPM. Ini bermakna, SMVM akan ada program pada 2 hari Sabtu berturut-turut yang diwajibkan hadir.

Denda RM10.00 jika tidak hadir mesyuarat PIBG

Dalam taklimat guru jam 1.30 hingga 2.30 petang tadi, pengetua memberitahu bahawa ibubapa yang tidak hadir semasa mesyuarat PIBG pada 14.4.2012 iaitu hari Sabtu nanti boleh dikenakan denda sebanyak RM10.00 bagi setiap keluarga. Surat edaran akan dikeluarkan untuk makluman tersebut. Difahamkan, ketetapan tersebut telah dibuat dan dipersetujui didalam mesyuarat PIBG yang lepas.

Pelajar asrama diwajibkan untuk hadir bersama semasa majlis tersebut manakala pelajar harian hanya digalakkan datang. Pakaian semasa majlis adalah baju korporat sekolah.

Thursday 5 April 2012

Jemputan Mesyuarat Agong PIBG ke 18

Mesyuarat Agong PIBG SMV Matang kali ke 18 akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 14 April 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Cyberguna SMV Matang

Serentak dengan majlis tersebut akan diadakan Majlis Penyampaian Insentif SPM 2011.

Semua ibu bapa dijemput hadir. Majlis di rasmikan oleh YB Tn. HJ. Fadillah b. Hj. Yusof.

Thursday 29 March 2012

Pening Dah



Tang mano silap pon aku tak tau la.. No kad pengenalan sama, tapi nama yang keluar berbeza. Kat Malaysia ni ada ke 2 no. IC yg sama? Letih betul kalau facing problem macam ni..

Wednesday 28 March 2012

SAPS


Ada satu masalah dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid berlaku sehingga menyusahkan banyak pihak yang ingin memasukkan markah ujian. Sebelum ini aku tak pernah pun mendaftarkan Willy Joy dalam kelas aku, tapi macamana boleh ada kat situ. Bila nak ubah sistem APDM pula tutup untuk pengemaskinian. Tapi tarikh kemaskini dah melebihi daripada apa yang dinyatakan. Menyusahkan betul, dah la tarikh tutupnya sampai 30.3 sahaja.

Monday 19 March 2012

Result SPM

Hari Rabu ini, 21.3.2012 akan diumumkan keputusan SPM 2011. Kepada semua pelajar SMV Matang, keputusan SPM boleh diperolehi selepas pukul 11.00 pagi pada hari tersebut. Sila berurusan dengan guru kelas masing-masing untuk kelancaran hari tersebut.

Tuesday 6 March 2012

Mengekalkan amalan 5S

Demi mengekalkan amalan 5S dan mempraktikkan amalan SENTIASA AMAL, setiap bengkel dikehendaki meluangkan masa 10 minit di awal dan di akhir sesi PnP untuk membersihkan bengkel. Amalan ini untuk mendidik pelajar mengamalkan 5S serta bersikap tanggungjawab dalam menjaga harta benda sekolah.