Wednesday, 7 February 2018

Cable Riser

Perkataan sesalur tetingkat adalah relatif bagi memudahkan sambungan bekalan di setiap tingkat bangunan. Sebenarnya sistem pendawaian ini bukanlah satu sistem pendawaian yang lengkap, kerana ia hanya digunakan untuk membawa bekalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tidak sampai ke beban. 
RISER BUS DUCT
•Untuk bekalan ke bangunan tinggi
•Menggantikan kabel biasa
•Mudah disambung disetiap tingkat 


Pepasangan sesalur tetingkat adalah sebuah sesalur laluan bekalan pepasangan tiga fasa voltan rendah.

Sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis utama voltan rendah dapat diagihkan ke dalam pemasangan di bahagian papan agihan atau terus disambungkan khususnya di dalam bangunan bertingkat. 

Selalunya bare copper bar dilindung oleh kotak logam:-



Tap off unit di setiap tingkat:-




Bus duct untuk kilang-kilang lebih dari satu riser jika perlu :-


Sistem ini biasanya digunakan untuk membawa kabel bekalan ke sesebuah bangunan atau ke sebuah bilik kawalan.



Spesifikasi penggunaan pepasangansesalur tetingkat :-

Peti papan suis biasanya akan diletakkan ditiap-tiap tingkat bagi bangunan bertingkat dan cabang- cabang litar seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah kebakaran akan mengambil bekalan melalui sistem pepasangan sesalur tetingkat.

Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sesalur hendaklah dipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistem kawalan ke beban tersebut.

Sesalur tetingkat di reka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat mana-mana bahagian pepasangan dalam bangunan bertingkat mengalami gangguan bekalan atau terdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.

Ia juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltan sekiranya terdapat beban babanbesar dalam pepasangan elektrik.

Sesalur tetingkat digunakan untuk bangunan bertingkat atau beban yang berada agak jauh atau tinggi dan terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan senggaraan.


No comments:

Post a Comment