Friday, 23 February 2018

ULANGKAJI: CONTROL SYSTEM


1.            Fungsi PLC ialah menukarkan isyarat _________ kepada isyarat __________ untuk digunakan bagi mengawal sesuatu proses.

A.    Elektrik/Mekanikal
B.    Mekanikal/Elektrik
C.   Analog/Digital
D.   Digital/Analog


2.            Berikut adalah kelebihan dan kebaikan PLC berbanding dengan sistem pendawaian ‘hardwire’ kecuali ;

A.            Senang untuk menganalisa kerosakan
B.            Kos pemasangan yang rendah
C.           Mudah untuk kerja-kerja pengubahsuaian
D.           Masa untuk senggaraan adalah singkat


3.            PLC kebiasaannya menggunakan sumber bekalan kuasa arus terus dan arus ulangalik pada kadaran ?

A.            220 Vdc dan 24 Vac
B.            24 Vdc dan 220 Vac
C.           240 Vdc dan 220 Vac
D.           24 Vdc dan 24 Vac


4.            Fungsi utama komponen C.P.U di dalam PLC ialah untuk ;
A.            Mengeluarkan isyarat keluaran digital
B.            Memproses isyarat masukan digital dan analog
C.           Memproses isyarat keluaran digital dan analog
D.           Mengeluarkan isyarat keluaran analog


5.            Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan input modul .

A.            Berfungsi sebagai interface antara C.P.U dan Output Module
B.            Berfungsi sebagai pemproses data input
C.           Berfungsi sebagai penerima isyarat input
D.           Berfungsi sebagai penerima isyarat output daripada C.P.U


6.            Terdapat beberapa jenis PLC di dalam industri masa kini, kebanyakan PLC berfungsi sebagai ___________ di dalam proses pemesinan mesin CNC.

A.            Interface
B.            Numerical data process
C.           Binomial bit data process
D.           Menggerakkan komponen mesin


7.         Berikut adalah bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam PLC KECUALI

A.            Rajah tangga
B.            Kod mnemonik
C.           Senarai kenyataan
D.           Pangkalan Pengaturcaraan
8.            Komponen-komponen asas PLC terdiri daripada ;

i)              Input Modul
ii)             Output modul
iii)           C.P.U
iv)           Power Supply unit
v)            Actuator

A.            i, ii , iii dan iv
B.            ii, iii dan iv
C.           iii, iv dan v
D.           Semua di atas


9.            Analog input module biasanya digunakan di dalam proses yang berkaitan dengan ;

A.            Pergerakan objek
B.            Membilang objek
C.           Pengukuran
D.           Pemasa (timing)


10.          Sesuatu sesentuh yang digunakan di dalam program Ladder Diagram PLC yang di sambung secara siri boleh diterjemahkan kepada program Instruction List dengan fungsi ;

A.            Fungsi OR
B.            Fungsi AND
C.           Fungsi SET
D.           Fungsi NOT


11.          ‘Interface cable’ digunakan untuk _____________ data daripada C.P.U kepada Mnemonic konsol atau komputer .

A.            Memproses
B.            Mengemaskini
C.           Menghantar
D.           Menganalisa


12.          Terdapat beberapa jenis ‘counter’ di dalam PLC yang boleh digunakan bagi membuat program untuk membilang objek iaitu ;

A.            Increment dan reset counter
B.            Reset dan set counter
C.           Increment dan decrement counter
D.           Decrement dan reset counter


13.          Pilih KATA LALUAN yang betul untuk mengakses sistem PLC

  1. CLR à MONTR à CLR
  2. CLR à SET àNOT àRESET à CLR
  3. CLR à SET àNOT àRESET à MONTR
  4. CLR à SET àNOT àRESET à MONTR àCLR
14.          Berikut adalah komponen yang boleh digunakan sebagai sumber isyarat masukan kepada PLC KECUALI

A.            Roller limit switch
B.            Read switch
C.           Directional control valve
D.           Tempreture sensor

                                                                                                                      
15.          Fungsi mod RUN dalam konsol pengaturcaraan adalah

A.            menukar data tersedia ada dalam PLC yang sedang berkendali.
B.            membina, mengubah suai dan memperbaiki ralat sesuatu atur cara.
C.           melaksanakan atur cara yang telah dimasukkan dalam PLC dan tidak boleh melakukan sebarang perubahan dalam atur cara tersebut.
D.           melaksanakan atur cara yang telah dimasukkan dalam PLC dan boleh melakukan pengubahsuaian dan memperbaiki ralat dalam atur cara tersebut.


16.          Apakah fungsi Uninterruptable Power Supply (UPS)?

A.    Menghalang tenaga elektrik yang berterusan semasa gangguan tenaga.
B.    Membekalkan tenaga elektrik yang berterusan ketika berlaku gangguan elektrik.
C.   Mengelakkan berlaku kerosakan atau kehilangan hasil kerja pengguna.
D.   Mengelakkan berlaku kerosakan kepada beban semasa gangguan elektrik.


17.          Apakah kepentingan UPS di sesebuah produksi?

A.    Memastikan operasi produksi tidak terganggu.
B.    Mengurangkan kos pembayaran tenaga utility.
C.   Mengambil alih tugas menyalurkan bekalan tenaga.
D.   Memastikan sistem UPS dapat bekerja dengan baik.


18.          Berikut adalah kategori UPS yang selalu di gunakan KECUALI

A.    Tunggu sedia (standby).
B.    Talian interaktif (line-interactive).
C.   Sentiasa sedia (online or double conversion)
D.   Tunggu sahaja (waiting only)


19.          Sistem UPS kebiasaannya dikhususkan penggunaannya untuk memberikan bekalan elektrik jenis arus terus kepada sesuatu pepasangan bersifat elektronik manakala untuk bekalan arus ulang alik biasanya akan menggunakan sistem ___________________.

A.    Janakuasa Tunggu sedia (Genset).
B.    Elektrik dari sumber cahaya (Solar).
C.   Bateri yang banyak di sambung secara siri.
D.   Bateri yang banyak di sambung secara selari.






20.          Manakah langkah bagi memanjangkan jangka hayat bateri pada sistem UPS?

A.    Menukar bateri yang telah rosak.
B.    Membaikpulih bateri ketika berlaku kerosakan.
C.   Menyelenggara sistem mengikut jadual yang ditetapkan.
D.   Membiarkan bateri sentiasa bersedia untuk kerja.





JAWAPAN


  1. C
  2. B
  3. B
  4. B
  5. C
  6. A
  7. D
  8. A
  9. A
  10. B
  11. C
  12. C
  13. A
  14. C
  15. C
  16. B
  17. A
  18. D
  19. A
  20. C


No comments:

Post a Comment