Friday, 23 February 2018

CARA MEMBENTUK TRUNKING










ULANGKAJI: CONTROL SYSTEM


1.            Fungsi PLC ialah menukarkan isyarat _________ kepada isyarat __________ untuk digunakan bagi mengawal sesuatu proses.

A.    Elektrik/Mekanikal
B.    Mekanikal/Elektrik
C.   Analog/Digital
D.   Digital/Analog


2.            Berikut adalah kelebihan dan kebaikan PLC berbanding dengan sistem pendawaian ‘hardwire’ kecuali ;

A.            Senang untuk menganalisa kerosakan
B.            Kos pemasangan yang rendah
C.           Mudah untuk kerja-kerja pengubahsuaian
D.           Masa untuk senggaraan adalah singkat


3.            PLC kebiasaannya menggunakan sumber bekalan kuasa arus terus dan arus ulangalik pada kadaran ?

A.            220 Vdc dan 24 Vac
B.            24 Vdc dan 220 Vac
C.           240 Vdc dan 220 Vac
D.           24 Vdc dan 24 Vac


4.            Fungsi utama komponen C.P.U di dalam PLC ialah untuk ;
A.            Mengeluarkan isyarat keluaran digital
B.            Memproses isyarat masukan digital dan analog
C.           Memproses isyarat keluaran digital dan analog
D.           Mengeluarkan isyarat keluaran analog


5.            Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan input modul .

A.            Berfungsi sebagai interface antara C.P.U dan Output Module
B.            Berfungsi sebagai pemproses data input
C.           Berfungsi sebagai penerima isyarat input
D.           Berfungsi sebagai penerima isyarat output daripada C.P.U


6.            Terdapat beberapa jenis PLC di dalam industri masa kini, kebanyakan PLC berfungsi sebagai ___________ di dalam proses pemesinan mesin CNC.

A.            Interface
B.            Numerical data process
C.           Binomial bit data process
D.           Menggerakkan komponen mesin


7.         Berikut adalah bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam PLC KECUALI

A.            Rajah tangga
B.            Kod mnemonik
C.           Senarai kenyataan
D.           Pangkalan Pengaturcaraan
8.            Komponen-komponen asas PLC terdiri daripada ;

i)              Input Modul
ii)             Output modul
iii)           C.P.U
iv)           Power Supply unit
v)            Actuator

A.            i, ii , iii dan iv
B.            ii, iii dan iv
C.           iii, iv dan v
D.           Semua di atas


9.            Analog input module biasanya digunakan di dalam proses yang berkaitan dengan ;

A.            Pergerakan objek
B.            Membilang objek
C.           Pengukuran
D.           Pemasa (timing)


10.          Sesuatu sesentuh yang digunakan di dalam program Ladder Diagram PLC yang di sambung secara siri boleh diterjemahkan kepada program Instruction List dengan fungsi ;

A.            Fungsi OR
B.            Fungsi AND
C.           Fungsi SET
D.           Fungsi NOT


11.          ‘Interface cable’ digunakan untuk _____________ data daripada C.P.U kepada Mnemonic konsol atau komputer .

A.            Memproses
B.            Mengemaskini
C.           Menghantar
D.           Menganalisa


12.          Terdapat beberapa jenis ‘counter’ di dalam PLC yang boleh digunakan bagi membuat program untuk membilang objek iaitu ;

A.            Increment dan reset counter
B.            Reset dan set counter
C.           Increment dan decrement counter
D.           Decrement dan reset counter


13.          Pilih KATA LALUAN yang betul untuk mengakses sistem PLC

  1. CLR à MONTR à CLR
  2. CLR à SET àNOT àRESET à CLR
  3. CLR à SET àNOT àRESET à MONTR
  4. CLR à SET àNOT àRESET à MONTR àCLR
14.          Berikut adalah komponen yang boleh digunakan sebagai sumber isyarat masukan kepada PLC KECUALI

A.            Roller limit switch
B.            Read switch
C.           Directional control valve
D.           Tempreture sensor

                                                                                                                      
15.          Fungsi mod RUN dalam konsol pengaturcaraan adalah

A.            menukar data tersedia ada dalam PLC yang sedang berkendali.
B.            membina, mengubah suai dan memperbaiki ralat sesuatu atur cara.
C.           melaksanakan atur cara yang telah dimasukkan dalam PLC dan tidak boleh melakukan sebarang perubahan dalam atur cara tersebut.
D.           melaksanakan atur cara yang telah dimasukkan dalam PLC dan boleh melakukan pengubahsuaian dan memperbaiki ralat dalam atur cara tersebut.


16.          Apakah fungsi Uninterruptable Power Supply (UPS)?

A.    Menghalang tenaga elektrik yang berterusan semasa gangguan tenaga.
B.    Membekalkan tenaga elektrik yang berterusan ketika berlaku gangguan elektrik.
C.   Mengelakkan berlaku kerosakan atau kehilangan hasil kerja pengguna.
D.   Mengelakkan berlaku kerosakan kepada beban semasa gangguan elektrik.


17.          Apakah kepentingan UPS di sesebuah produksi?

A.    Memastikan operasi produksi tidak terganggu.
B.    Mengurangkan kos pembayaran tenaga utility.
C.   Mengambil alih tugas menyalurkan bekalan tenaga.
D.   Memastikan sistem UPS dapat bekerja dengan baik.


18.          Berikut adalah kategori UPS yang selalu di gunakan KECUALI

A.    Tunggu sedia (standby).
B.    Talian interaktif (line-interactive).
C.   Sentiasa sedia (online or double conversion)
D.   Tunggu sahaja (waiting only)


19.          Sistem UPS kebiasaannya dikhususkan penggunaannya untuk memberikan bekalan elektrik jenis arus terus kepada sesuatu pepasangan bersifat elektronik manakala untuk bekalan arus ulang alik biasanya akan menggunakan sistem ___________________.

A.    Janakuasa Tunggu sedia (Genset).
B.    Elektrik dari sumber cahaya (Solar).
C.   Bateri yang banyak di sambung secara siri.
D.   Bateri yang banyak di sambung secara selari.






20.          Manakah langkah bagi memanjangkan jangka hayat bateri pada sistem UPS?

A.    Menukar bateri yang telah rosak.
B.    Membaikpulih bateri ketika berlaku kerosakan.
C.   Menyelenggara sistem mengikut jadual yang ditetapkan.
D.   Membiarkan bateri sentiasa bersedia untuk kerja.





JAWAPAN


  1. C
  2. B
  3. B
  4. B
  5. C
  6. A
  7. D
  8. A
  9. A
  10. B
  11. C
  12. C
  13. A
  14. C
  15. C
  16. B
  17. A
  18. D
  19. A
  20. C


ULANGKAJI: HIGH VOLTAGE PRE – TESTING


1. Apakah tujuan Ujian Lembapan kabel dilakukan?
A.    Memastikan sambungan kabel.
B.    Memastikan kadaran lembapan yang sesuai.
C.   Mengetahui kadaran penebatan kabel.
D.   Mengetahui kabel dalam keadaan baik tidak berlaku kebocoran arus.

2. Apa yang berlaku ketika Ujian Lembapan dijalankan sekiranya kabel rosak?
A.    Tiada perubahan pada kertas.
B.    Kertas yang di uji terbakar.
C.   Berbuih dengan banyak atau ada letupan.
D.   Kertas menjadi basah kerana terkena air.

3. Kenapa Ujian Keterusan dilakukan?
A.    Untuk menguji penebatan kabel.
B.    Untuk menguji tekanan voltan.
C.   Untuk menguji ketahanan penebatan kabel.
D.   Untuk mengetahui kabel dalam keadaan baik tidak berlaku kebocoran arus.

4. Berapakah kadaran julat voltan Insulation Tester yang digunakan dalam pengujian bekalan tiga fasa?
A.    100V
B.    500V
C.   1000V
D.   1500V

5. Kenapa Ujian Pengenalan Fasa dilakukan?
A.    Menentukan fasa kabel.
B.    Menentukan kedudukan kabel.
C.   Memastikan kabel diikat ketat.
D.   Memastikan kabel di sambung dengan betul.

6. Kenapa Ujian Tekanan Voltan dilakukan?
A.    Menguji keterusan kabel.
B.    Menguji penebatan kabel.
C.   Menguji tekanan voltan.
D.   Menguji ketahanan penebatan kabel.

7. Berikut adalah voltan yang dialirkan dalam Ujian Tekanan Voltan. Pilih jawapan yang betul.
      i.        2000V selama 1 minit
     ii.        2000V selama 2 minit
    iii.        3000V selama 1 minit
   iv.        3000V selama 2 minit

A.    i dan ii
B.    i dan iii
C.   i dan iv
D.   Semua di atas.

8. Ujian Spike Cable di lakukan untuk ………………………..
A.    Membuang cas pada kabel dan memastikan kabel tiada bekalan.
B.    Mengupas balutan perlindungan paling luar pada kabel.
C.   Menjadikan kabel bersentuhan atau ‘short’.
D.   Kabel mengeluarkan letupan.

9. Berikut adalah peralatan yang digunakan dalam Ujian Spike Cable KECUALI
A.    Rod bumi
B.    Dawai bumi
C.   Tukul
D.   Pemutar skru

10. Gambar rajah 1 menunjukkan salah satu alat yang digunakan dalam pengujian kabel. Apakah kegunaan alat tersebut.
download (1).jpg
Gambar rajah 1
A.    Membuang cas pada kabel.
B.    Menarik kabel bawah tanah.
C.   Pengesan kerosakan kabel.
D.   Pemutus litar bekalan.

11. Manakah diantara berikut yang merupakan pemutus litar voltan tinggi.
              i.                Air Circuit Breaker.    
             ii.                Oil Circuit Breaker.
            iii.                Vacum Circuit Breaker.
           iv.                Moulded Case Circuit Breaker.

A.     i sahaja
B.    i dan ii
C.   i, ii, dan iii
D.   semua di atas.

12. Ciri-ciri keperluan yang terdapat pada pemutus litar adalah seperti berikut KECUALI
A.    Ia mesti mempunyai nilai pengaliran arus yang tinggi melalui sesentuh dalam keadaan tertutup.
B.    Ia mesti mempunyai nilai rintangan yang tinggi antara sesentuh apabila dalam keadaan terbuka.
C.   Ia mesti menutup (ON) dengan laju. Arus akan mula mengalir sebelum kedua-dua sesentuh sudah menyentuh dan penutupan yang lambat akan merosakan permukaan sesentuh.
D.   Ia mesti membuka (OFF) dengan laju, tetapi tidak memadamkan arus sebelum lintasan sifar (zero crossing) dan tidak menghasilkan voltan berlebihan (over voltage).

13. Pilih komponen utama yang ada dalam suis gear
      i.        pemutus litar.
     ii.        suis bumi.
    iii.        busbar.
   iv.        soket



A.    i sahaja
B.    i dan ii
C.   i, ii, dan iii
D.   semua di atas.

14. Pemutus Litar mengandungi dua sesentuh, iaitu
      i.        sesentuh tetap
     ii.        sesentuh bergerak
    iii.        sesentuh beraruhan
   iv.        sesentuh penamat

A.    i dan ii
B.    i dan iii
C.   ii dan iii
D.   iii dan iv

15. Berikut adalah komponen yang terkandung dalam Suis Gear KECUALI
A.    Trip coil
B.    Contact Arms
C.   Suis Pemilih
D.   Tap Changer

16. Berikut ialah peralatan dan kelengkapan yang digunakan semasa Ujian Rintangan Penebatan KECUALI
A.    Vidar Set
B.    Tikar Getah
C.   Discharge Rod
D.   Mega Ohm Meter

17. Ujian Hampagas Pemutus Litar adalah bertujuan
A.    Memastikan tiada minyak bertakung dalam hampagas.
B.    Memastikan tiada kebocoran hampagas pada botol hampagas.
C.   Memastikan botol hampagas berisi dengan udara yang cukup.
D.   Memastikan botol hampagas tiada cas.

18. Ujian untuk menentukan tatahan (setting) bagi pemutus litar udara adalah dikendalikan oleh.
a.            Jabatan Bekalan Elektrik.
b.            Tenaga Nasional Berhad bahagian kendalian.
c.           Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf oleh Jabatan Bekalan Elektrik.
d.           Kontraktor berdaftar.

19. Pilih yang tidak benar berkenaan Pemutus litar udara.
a.            Jika digunakan bersendirian ianya berfungsi seperti pengasing.
b.            Perlindungan pada sistem diberi oleh geganti-geganti yang bersambung padanya.
c.           Tatah bagi pemutus litar udara adalah ditetapkan pada 110% beban terus menerus.
d.           Tatah bagi Pemutus litar udara boleh diperkecilkan dengan menukar alatubah arus.



20. Pada sebuah pemutus litar udara tertera butiran 630 amp , 30 KA , 415 Vac. Apakah yang dimaksudkan dengan butiran diatas.
a.            Arus minima dan maksima yang boleh ditanggung.
b.            Kadar arus biasa dan kadar arus pintas yang boleh ditanggung.
c.           Arus maksima dan arus minima yang boleh dikeluarkan.
d.           Tiada jawaban di atas.

21. Pilih kenyataan yang betul mengenai Pemutus litar.
a.            Berfungsi sebagai penangkap kilat apabila digunakan pada pencawang  yang mempunyai beban yang kecil.
b.            Dalam keadaan normal pemutus litar boleh dipisahkan dari sistem pemasangan elektrik.
c.           Bagi sistem yang tidak pernah mengalami kerosakan , pemutus litar yang mempunyai rating yang rendah boleh dipasang bagi mengantikan yang sedia ada untuk menjimatkan kos.
d.           Berfungsi untuk memutuskan litar apabila berlaku lebihan bebanan dan litar pintas.

22. Fungsi utama minyak di dalam pemutus litar bertujuan ………………………
a.            Penyejukan
b.            Pembersihan.
c.           Penebatan.
d.           Pelinciran.

23. Kadaran Arus Thermal (Rated Thermal Current) – Iu  ialah
A.    Had arus di mana pemutus litar dapat membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada sesuatu keadaan.
B.    Had arus di mana pemutus litar tidak dapat menampung arus yang berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada sesuatu keadaan.
C.   Had voltan di mana pemutus litar dapat membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada sesuatu keadaan.
D.   Had voltan di mana pemutus litar tidak dapat menampung arus yang berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada sesuatu keadaan.

24. Ujian Stamping dilakukan ke atas Pemutus Litar (Switch Gear) untuk memastikan ______________________ .
A.    Sesentuh utama bersentuhan secara serata semasa beroperasi.
B.    Sesentuh utama bersentuhan secara tidak serata semasa beroperasi.
C.   Sesentuh sekunder bersentuhan secara serata semasa beroperasi.
D.   Sesentuh sekunder bersentuhan secara tidak serata semasa beroperasi.

25. Fungsi transformer selepas stesen janaelektrik adalah __________________.
A.    Menurunkan nilai voltan pada sebelah primer tanpa mengubah frekuensi.
B.    Menaikkan nilai voltan pada sebelah primer tanpa mengubah frekuensi.
C.   Menurunkan nilai voltan pada sebelah sekunder tanpa mengubah frekuensi.
D.   Menaikkan nilai voltan pada sebelah sekunder tanpa mengubah frekuensi.

26. Berikut adalah kod penyejukan pengubah kuasa KECUALI
A.    ONWF
B.    OFAN
C.   OWAF
D.   ONAF


27. Bahagian utama yang terdapat pada transformer 11/.433kV, 1000kVA ialah
      i.        Core
     ii.        Winding
    iii.        Tap changer
   iv.        Load charger

A.    i sahaja
B.    i dan ii
C.   i, ii dan iii
D.   Semua di atas

28. Dua jenis transformer kuasa yang biasa digunakan di pencawang elektrik ialah
      i.        Hermetically sealed
     ii.        EPE Wilson
    iii.        Conservator
   iv.        Sesco Power

A.    i dan ii
B.    i dan iii
C.   i dan iv
D.   ii dan iv

29. Berikut adalah ujian yang dilakukan pada pengubah kuasa semasa kerja-kerja penyenggaraan KECUALI
  1. Ujian keterusan
  2. Ujian penebatan
C.   Ujian pembumian
D.   Ujian tekanan

30. Vector group Dyn11 bagi transformer kuasa bermaksud
A.    fasa mendahului 300
B.    fasa mengikuti 300
C.   fasa mendahului 1800
D.   fasa mengikuti 1800






JAWAPAN


1.      B
2.      C
3.      D
4.      C
5.      A
6.      D
7.      C
8.      A
9.      D
10.  A
11.  C
12.  A
13.  C
14.  A
15.  D
16.  A
17.  B
18.  C
19.  C
20.  B
21.  D
22.  A
23.  A
24.  A
25.  D
26.  C
27.  C
28.  B
29.  D
30.  A