Tuesday, 24 February 2015

Perintang

 2.0          PENGENALAN

Rintangan (R) ialah komponen ketiga yang terdapat dalam litar. Rintangan melawan pengaliran arus dalam litar dan diukur dalam ohm (W). Satu ohm adalah sama dengan rintangan yang berada di dalam litar di mana tekanan elektrik 1 V menyebabkan arus 1 A mengalir. 

Simbol bagi rintangan ialah R
Unitnya adalah ohm (W)
Nilai rintangan (ohm) dikod mengikut warna di atas perintang.




2.1      TAKRIF PERINTANG        
                Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar.  Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.

Simbol bagi perintang


2.2      JENIS-JENIS PERINTANG
                Secara umumnya, perintang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah.

2.2.1  Perintang tetap
              Perintang tetap ialah dimana nilai sesuatu perintang itu boleh didapati daripada kod warna atau kod bercetak pada perintang tersebut.  Nilai yang dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai nilai namaan (nilai terkadar).     Empat perkara yang penting perlu diambil kira apabila memilih perintang ialah nilai perintang, had terima, kadar kuasa dan kestabilan.  Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar.  Jika satu perintang dengan nilai namaan sebanyak 100W dan had terima 10%, perintang tersebut mempunyai nilai sebenar antara 90W dan 110W.  Lebih kecil nilai had terima maka lebih tepat bacaan nilai perintang. Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang tanpa mengalami kerosakan.  Jika kadar kuasa dilampaui, perintang akan rosak disebabkan oleh haba yang berlebihan.  Saiz fizikal sesuatu perintang biasanya berkait rapat dengan kadar kuasa.  Kestabilan ialah keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangannya walaupun suhu sekitar berubah dan umur perintang bertambah.

2.2.2    Perintang boleh ubah
                Perintang boleh ubah ialah perintang yang boleh diubah nilai rintangannya dengan menggerakkan sesentuh di atas elemen perintang.  Perintang boleh ubah digunakan pada litar yang memerlukan perubahan arus dan voltan.  Terdapat tiga jenis perintang boleh ubah iaitu perintang gelangsar, reostat dan meter upaya.    

1)       Perintang gelangsar mengubah rintangan dengan menggerakkan kolar gelangsar di sepanjang elemen rintangan belitan dawai.  Ia digunakan pada litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap.

2)       Reostat mempunyai dua tamatan dan disambung bersiri dengan beban yang dikawal.  Ia diguna untuk mengawal arus litar.

3)       Meter upayamempunyai tiga tamatan.  Rintangannya diubah dengan menggerakkan pengelap di atas elemen karbon.  Meter upaya yang lebih kecil dipanggil perapi atau praset.  Ia banyak digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya seperti mengawal bunyi dan nada radio.

2.3          FAKTOR–FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RINTANGAN
Nilai bagi rintangan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut;

a)       Panjang pengalir (wayar)- adalah dalam unit meter (m). Rintangan adalah berkadar terus dengan panjang pengalir R a L di mana semakin panjang sesuatu pengalir, maka nilai rintangan juga akan meningkat.

b)       Luas muka keratan rentas pengalir- dalam bentuk meter persegi (m2). Rintangan pula berkadar songsang dengan luas keratan rentas pengalir 


 di mana semakin kecil luas keratan rentas pengalir, maka semakin tinggilah nilai rintangannya dan begitulah sebaliknya.

c)       Jenis bahan- r atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir.  Kerintangan ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu.
                       

d)       Suhu

2.4       KOD WARNA PERINTANG
                Kod warna perintang digunakan pada perintang bersaiz kecil.  Nilai perintang didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang.  Jadual di bawah menunjukkan jadual kod warna perintang.  Kebanyakkan perintang mempunyai empat jalur.  Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai namaan perintang, manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima.


Warna
Jalur 1
No. 1
Jalur 2
No. 2
Jalur 3
Pendarab
Jalur 4
Had Terima
Hitam
0
0
1
-
Coklat
1
1
10
-
Merah
2
2
100
-
Jingga
3
3
1000
-
Kuning
4
4
10000
-
Hijau
5
5
100000
-
Biru
6
6
1000000
-
Ungu
7
7
10000000
-
Kelabu
8
8
100000000
-
Putih
9
9
1000000000
-
Emas


0.1
± 5%
Perak


0.01
± 10%
Tiada



± 20%

Kod warna perintang

Contoh 2.1 :

Satu perintang mempunyai jaluran warna berikut : kuning, ungu, merah dan emas.  Tentukan :
i)         Nilai namaan
ii)       Julat nilai sebenar rintangan

Penyelesaian 2.1  :
i)  Diberi


                     Kuning                Ungu             ´              Merah                      Had terima
                           4                        7                ´                100  =  4700W atau 4.7 kW

    Oleh itu, namaan perintang ialah 4.7 kW

                ii)  Diberi :
                      Jalur had terima ialah emas iaitu ± 5%.
                      Oleh itu, had terima    =    ±   4700W´  0.05
                                                                      =    ±   235W

                      Oleh itu, julat nilai rintangan = (4700W  + 235W) hingga (4700W  - 235W)

                                                                                     = 4935W (had atas) hingga 4465W (had bawah)

No comments:

Post a Comment