Tuesday, 24 February 2015

Pemuat/Kapasitor

TAKRIF PEMUAT
Satu pemuat mengandungi lapisan bahan penebat yang terapit di antara dua plat logam.  Medan elektrik di dalam pemuat mempunyai banyak kesamaan dengan medan magnet.  Nilai kemuatan pemuat ialah ukuran jumlah cas elektrik yang boleh distor di dalam peranti.  Kemuatan boleh dikira daripada pengetahuan mengenai matra pemuat dan kebertelusan bahan penebat.  Pemuat menggunakan unit Farad (F).
                Pemuat ialah komponen yang menyimpan cas elektrik.  Pada asasnya, pemuat terdiri daripada dua plat logam atau 2 pengalir yang selari dan dipisahkan oleh penebat yang dipanggil dielektrik.  Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara, kertas, mika, polister atau elektrolitik. 






Nilai kemuatan bergantung kepada nilai pemalar dielektrik, luas permukaan plat dan jarak di antara kedua-dua plat.





C  =  ÎA
          D


                                Di mana,
                                C   =  Kemuatan
Π       =  Pemalar dielektrik
            A         =  Luas
            d          =  Jarak kedua-dua plat

2.9     JENIS-JENIS PEMUAT
Pemuat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.

2.9.1           Pemuat Tetap

                                    
Simbol bagi pemuat tetap

                                                Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang tetap.  Pemuat tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu berkutub dan tidak berkutub.  Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus.  Kekutuban pemuat perlu disambung dengan betul bagi mengelakkan pemuat daripada rosak atau meletup.  Jenis-jenis bagi pemuat tetap ialah pemuat udara, pemuat kertas, pemuat mika, pemuat seramik atau pemuat elektrolitik.
                                                Apabila memilih pemuat, faktor yang perlu diambil kira ialah nilai kemuatan, had terima, voltan kerja dan bocoran.

1)       Nilai kemuatan boleh dibaca dengan menggunakan kod bercetak atau kod warna.

2)       Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar sesuatu pemuat.  Pemuat biasanya mempunyai had terima sebanyak lebih kurang 10%.

3)       Voltan kerja merupakan voltan AT  dan voltan AU (puncak) yang boleh dikenakan sebelum penebatan dielektrik pecah.  Voltan kerja biasanya ditandakan pada pemuat dengan huruf WV.(Jika voltan kerja bagi sebuah pemuat dilampaui, maka penebatan dielektrik akan pecah dan plat pemuat akan dilitarpintaskan.  Apabila menggunakan pemuat hendaklah pastikan bahawa voltan kerja pemuat lebih tinggi daripada voltan maksimum di dalam litar.

4)       Bocoran ialah kehilangan cas yang sedikit yang sepatutnya tidak berlaku dalam penebatan dielektrik pada pemuat.

2.9.2           Pemuat Boleh ubah



Simbol bagi pemuat boleh ubah

Pemuat boleh ubah mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah mengikut keperluan litar. Kemuatan bagi sesebuah pemuat boleh ubah boleh diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat. 
Berikut merupakan contoh-contoh pemuat boleh ubah serta cara mengubah kemuatannya:

a)       Perapi atau Praset.
        Bagi kemuatan perapi seramik, ia diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas permukaan di antara plat.  Dielektrik yang digunakan sebagai penebat ialah seramik yang diletakkan di antara plat.  Manakala, untuk pemuat perapi mika, kemuatannya diubah dengan melaraskan skru bagi mengawal jarak di antara plat.  Plat pemuat dipisahkan oleh dielektrik mika.  Kedua-dua jenis pemuat ini dinamakan pemuat perapi kerana ia digunakan bagi merapi litar (Pelarasan yang kecil) supaya mempunyai jumlah kemuatan yang tepat.  Kemuatan maksimum pemuat perapi ialah 100pF.

b)       Pemuat berputar
Kemuatan pemuat diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas permukaan berkesan di antara tindihan plat pegun dipisahkan oleh dielektrik udara.  Pemuat berputar yang lebih kecil biasanya menggunakan dielektrik saput plastik nipis di antara plat.  Nilai maksimum untuk pemuat berputar ialah 500pF.  Ia digunakan dalam litar talaan radio.

2.10     FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUATAN
Kemuatan adalah bergantung kepada :

1)             Jarak antara plat.
Untuk menghasilkan satu nilai kemuatan yang lebih tinggi, ukuran jarak di antara kedua-dua plat hendaklah diperbesarkan. Kemuatan di antara plat berkadar songsang dengan jarak di antara keduanya.
           
2)             Luas permukaan plat.
Kedua-dua permukaan plat hendaklah diperluaskan untuk mendapatkan nilai kemuatan yang tinggi. Kemuatan di antara dua plat berkadar terus dengan luasnya.
C a A

3) Bahan dielektrik yang digunakan.
Kemuatan bergantung kepada bahan dielektrik yang digunakan iaitu ketelusan di antara dua plat. 


4)             Ketebalan dielektrik.

2 comments: