Tuesday, 24 February 2015

Asas Motor Elektrik- Motor

7.7.1       Penghasilan putaran dalam motor A.T berdasarkan kepada Hukum (Daya) Ampiar dan persamaan F = BIL
Motor adalah merupakan mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik. Tindakannya adalah berdasarkan kepada prinsip di mana apabila satu pengalir yang membawa arus ditempatkan di dalam rnedan magnet, ia akan rnengalami satu daya mekaniak yang mernpunyai arah yang diberi oleh  Hukum Tangan  kiri Fleming dan magnitud yang boleh diberikan sebagai
F = B.I.1 Newton
Dari segi binaan, sebuah rnotor AT adalah serupa dengan penjana AT, malah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian yang 1alu, sebuah mesin AT boleh saling tukar kegunaannya, sebagai sebuah penjana atau sebagai sebuah motor. Jenis motor AT juga dikelaskan serupa  seperti penjana; mengikut tatarajah sambungan medan dan angker; iaitu jenis pirau, siri dan majmuk.

Rajah 7.18a menunjukkan sepasang (satu belitan) pengalir ditempatkan merentasi teras angker di dalam rnedan magnet sebuah motor AT   2 kutub  yang mempunyai ketumpatan fluks yang seragam. Apabila arus dialirkan ke dalam pengalir tersebut, ia akan menghasilkan fluks sepusat di sekelilingnya. Seandainya pengalir di sebelah kanan membawa arus ke dalam manakala pengair di sebelah kiri pula membawa arus ke luar maka fluks yang dihasilkan oieh kedua-dua pengalir tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah  7.18b Gabungan kedua-dua fluks yang dihasilkan oleh pengalir angker dan kutub utama ditunjukan da1am Rajah 7.18c.
Dalam contoh yang ditunjukkan tersebut, kita dapati bahawa ketumpatan fluks adatah tertinggi di bahagian atas pengalir di sebelah kanan yang terletak di bawah kutub S dan di bahagian bawah pengalir sebelah kiri yang terletak di bawah kutub U. Hasil daripada keadaan ketidakseimbangan tersebut, pengalir di sebelah kanan mengalami satu daya yang berkecenderungan untuk menggerakkannya ke bawah manakala pengalir di sebelah kiri pula rnengalami satu daya yang berkercenderungan untuk menggerakkannya ke atas. Seandainya  pengalir tersebut dilekapkan ke atas struktur  yang bebas untuk berputar maka dayakilas paduan akan menghasilkan putaran dalam arah  ikut jam.
Rajah 7.18  Prinsip tindakan motor hasil daripada proses saling tindak  di antara medan magnet yang dihasi1kan oleh kutub utama dan pengalir yang membawa arus.

Andainya kini arah arus di dalam pengalir tadi disongsangkan, kita akan dapati bahawa angker akan berputar dalam arah yang berlawanan. Hasil yang sama juga diperolehi sekiranya kekutuban medan utama disongsangkan. Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa putaran motor AT boleh dibalikkan dengan menukar arah arus angker atau arah arus medan, tetapi tidak kedua-duanya. Motor tidak akan bertukar arah putaran sekiranya kedua arah, arus angker dan arus medan ditukar seren taR.
Di dalam konteks tindakan sebenar bagi motor yang menggunakan angker yang berlubang alur, dayakilas yang terhasil bukanlah disebabkan oleh daya rnekanik ke atas pengalir secara mutlak, tetapi disebabkan oleh tarikan tangen ke atas gigi angker seperti yang ditunjukkan Rajah 7.19. Rajah 7.19a menunjukkan agihan fluks medan utama; yang kelihatan lebih tertumpu pada gigi angker manakala fluks angker melingkungi lubang alur. Kesan yang ditimbulkan oleh fluks angker ke atas fluks utama ialah:
(a)  Ia meninggikan fluks pada bahagian kiri gigi angker dan inengurangkan fluks pada sebelah kanan gigi angker.
(b) Ia mencondongkan arah urat daya di celah udara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.19b. Tarikan yang dikenakan oleh kutub ke atas gigi angker boleh dileraikan ke dalam dua komponen; satu komponen tangen Fl dan satu komponen menegak  F2. Tetapi sekiranya semua komponen menegak F2 yang terdapat pada setiap gigi di persisian angker digabungkan, ia akan menjadi sitar. Tetapi tidak bagi F1, malah komponen inilah yang bertindak ke atas gigi angker yang menghasilkan dayakilas.

 (a)
(b)
Rajah 7.19  Tarikan kutub ke atas gigi angker

7.7.2       D.g.e Balikan

Apabila motor berputar, pengalir angker akan memotong fluks dan berdasarkan kepada hokum aruham electromagnet,d.g.e akan teraruh di dalamnya. Menurut petua tangan kanan fleming, arah  d.g.e yang teraruh ini adalah berlawanan dengan voltan bekalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Dan disebabkan oleh arahnya yang bertentangan itu, ia dirujuk sebagai d.g.e balikan Eb.

Penghasilan  d.g.e balikan inilah yang memungkinkan  pertukaran tenaga  dari elektrik ke mekanik berlaku dalam motor AT.Pergerakan angker dalam menghasilkan d.g.e balikan Eb bolehlah diibaratkan seperti meletakkan bateri yang mempunyai bezaupaya Eb merintangi bekalan utama V volt.Untuk menghasilkan arus Ia, semestinyalah V terpaksa menghadapi tentangan daripada Eb. Dan kuasa yang diperlukan untuk mengatasi tentangan tersebut ialah:
   Rajah 7.20

                                P     =  Eb. Ia watt

Dimana            Eb   =  ØPZn/a volt         n = kelajuan putaran angker dalam pss                                                                          
                                Ia     ==A
                                                                                               
                                                                                                                             
                                                                Ra    =  rintangan litar angker


Daripada persamaan di atas dapat diperhatikan bahawa d.g.e balikan bergantung kepada kelajuan putaran angker. Apabila kelajuan tinggi, Eb juga tinggi dan arus Ia kecil. Jika kelajuan kurang maka Eb akan menurun menyebabkan Ia tinggi untuk menghasilkan lebih .dayakilas

No comments:

Post a Comment