Tuesday 24 February 2015

Peraruh

2.5          TAKRIF PEARUH
                Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran arus.  Pearuh menghasilkan kearuhan. Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu medan magnet kecil terbina mengelilingi pengalir itu.  Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan magnet akan membantu satu sama lain, menjadikannya lebih kuat.  Untuk menguatkan lagi medan magnet, satu teras boleh ditambah.  Prinsip gegelung pengalir dikenali sebagai kearuhan.  Pearuh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras seperti  udara, besi dan bahan ferit.  Setiap bahan tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mendapatkan nilai kearuhan.  Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H).  Peraruh diwakili oleh L.

2.6         JENIS-JENIS PEARUH
Pearuh boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pearuh tetap dan pearuh bolehubah.

2.6.1           Pearuh Tetap
Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak berubah.  Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras besi, teras besi serbuk dan teras ferit.

a)       Pearuh teras udara
Pearuh teras udara biasanya mempunyai nilai aruhan mikro henry atau kurang.  Oleh kerana nilai kearuhannya rendah, ia biasanya digunakan pada frekuensi yang tinggi.  Contohnya, pearuh ini digunakan sebagai pencekik frekuensi radio bagi menghalang arus frekuensi radio (frekuensi tinggi) daripada melalui laluan tertentu dalam litar.

b)       Pearuh teras besi
Teras besi yang digunakan ialah teras besi berlapis yang bersalut penebat nipis.  Nilai kearuhan pearuh teras besi adalah daripada beberapa mili henry hingga beberapa henry.  Pearuh teras besi digunkan sebagai penapis frekuensi rendah dalam litar bekalan kuasa.  Ia juga digunakan sebagai pencekik dalam litar lampu pendaflour.

c)       Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit.
        Teras besi serbuk dihasilkan dengan menampakkan serbuk besi yang diselaputi oleh penebat.  Teras ferit pula dibuat daripada bahan magnet bukan pengalir.  Dengan menggunakan teras besi serbuk atau teras besi ferit, nilai kearuhan akan lebih tinggi dan saiz pearuh dapat dikecilkan.  Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit mempunyai tiga bentuk iaitu solenoid, toroid dan teras pot. Jenis solenoid mempunyai nilai kearuhan 1mikro henry atau kurang manakala toroid dan teras pot pula mempunyai nilai kearuhan di antara beberapa mikro henry hingga beberapa mili henry. Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit biasanya digunakan di dalam litar talaan radio.

2.6.2           Pearuh Bolehubah
Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan. Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk. Terdapat beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu di antaranya ialah pearuh yang menggunakan skru logam (tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras. Bagi pearuh boleh ubah berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak.  Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada gangguan yang dihasilkan oleh pearuh.

.
2.7    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ARUHAN
                Kekuatan arus teraruh (induced current) bergantung kepada ;

1)       Bilangan lilitan (winding) dalam gelung.
2)       Ketelapan bandingan (jenis teras).
3)       Luas muka keratan rentas.
4)       Arus yang mengalir
5)       Panjang laluan fluks magnet.
6)       Jumlah fluks.
7)       Kekuatan magnet
8)       Kecepatan magnet itu ditujah ke dalam gelung.

No comments:

Post a Comment