Thursday, 16 April 2015

PENGALIRAN ARUS DALAM BAHAN JENIS P

Pengaliran arus dalam bahan jenis P juga boleh berlaku dalam dua keadaan serentak iaitu pergerakan lubang dalam jalur valensi yang merupakan pembawa arus terbanyak dan pergerakan electron bebas dalam jalur pengaliran yang merupakan pembawa arus tersedikit.
Pengaliran arus dalam bahan jenis P yang disebabkan oleh lubang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Lubang akan tertolak oleh kutub positif punca voltan dan bergerak kea rah kutub negative punca voltan. Electron bebas akan bergerak ke arah kutub positif ounce voltan.

Arus dalam bahan jenis N adalah lebih besar daripada arus dalam bahan jenis P kerana pergerakan electron dalam jalur pengaliran adalah lebih mudah berbanding dengan pergerakan lubang dalam jalur valensi.Rajah di bawah menunjukkan perbandingan pergerakan electron dan lubang dalam bahan jenis P dan jenis N. Oleh sebab lubang ialah pembawa terbanyak dalam bahan jenis P, maka arus yang melibatkan lubang ialah arsu terbanyak.Arus yang disebabkan oleh electron dikenali sebagai arsu tersedikit kerana electron ialah pembawa tersedikit.

PENGALIRAN ARUS DALAM BAHAN JENIS N

Pengaliran arus dalam bahan jenis N boleh berlaku dalam dua keadaan serentak iaitu pergerakan electron bebas dalam jalur pengaliran yang merupakan pembawa terbanyak dan pergerakan lubang dalam jalur valensi yang merupakan pembawa arus tersedikit.
Pengaliran arus dalam bahan jenis N adalah seperti pengaliran arus dalam dawai kuprum.Rajah di bawah menunjukkan separuh pengalir ektrinsik jenis N disambung ke punca voltan.Electron iaitu pembawa terbanyak bergerak kea rah kutub positif punca voltan.Lubang yang merupakan pembawa tersedikit yang ditinggalkan oleh electron dalam jalur valensi seolah olah bergerak dari kutub positif ke kutub negative punca voltan.
Oleh sebab electron ialah pembawa terbanyak dalam bahan jenis N, maka arus yang melibatkan electron ialah arus terbanyak.Sebaliknya, lubang ialah pembawa tersedikit dalam bahan jenis N, maka arus yang melibatkan lubang ialah arus tersedikit.

     Apabila suhu bahan separuh pengalir dinaikkan, lebih banyak lubang akan terbentuk oleh tenaga terma. Oleh itu, arus tersedikit akan bertambah.

Bahan PA Amali Sem 3 2015

BAHAN AMALI ELEKTRONIK
BAHAN AMALI PENDAWAIAN


LANGKAH PEMATERIAN KOMPONEN ELEKTRONIK

  1.     Bentuk kaki komponen
  2.     Pasang komponen mengikut lukisan bergambar atau lukisan skematik
  3.     Semak semula kedudukan komponen dan memateri kaki komponen
  4.     Potong lebihan kaki komponen
  5.     Panaskan alat pemateri
  6.     Bersihkan bit dengan span
  7.     Pastikan alat pemateri cukup panas sebelum membuat pematerian. Uji dengan menyentuh bit pada timah pemateri
  8.     Sentuhkan bit pada balapan yang ada kaki komponen yag hendak dipateri
  9.     Pematerian pada kaki komponen ke balapan hendaklah sempurna, elakkan pateri daripada melimpah ke balapan lain
  10.     Pematerian yang sempurna mengelakkan berlakunya litar pintas
  11.     Angkat timah pateri diikuti dengan alat pemateri
  12.     Biarkan alat pemateri sejuk
  13.     Bersihkan bit dengan menggosoknya pada span
  14.     Setelah selesai kerja pematerian, letakkan alat pemateri pada pemegang alat pateri dan tutup suis.