Thursday 16 April 2015

PENGALIRAN ARUS DALAM BAHAN JENIS P

Pengaliran arus dalam bahan jenis P juga boleh berlaku dalam dua keadaan serentak iaitu pergerakan lubang dalam jalur valensi yang merupakan pembawa arus terbanyak dan pergerakan electron bebas dalam jalur pengaliran yang merupakan pembawa arus tersedikit.
Pengaliran arus dalam bahan jenis P yang disebabkan oleh lubang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Lubang akan tertolak oleh kutub positif punca voltan dan bergerak kea rah kutub negative punca voltan. Electron bebas akan bergerak ke arah kutub positif ounce voltan.

Arus dalam bahan jenis N adalah lebih besar daripada arus dalam bahan jenis P kerana pergerakan electron dalam jalur pengaliran adalah lebih mudah berbanding dengan pergerakan lubang dalam jalur valensi.Rajah di bawah menunjukkan perbandingan pergerakan electron dan lubang dalam bahan jenis P dan jenis N. Oleh sebab lubang ialah pembawa terbanyak dalam bahan jenis P, maka arus yang melibatkan lubang ialah arsu terbanyak.Arus yang disebabkan oleh electron dikenali sebagai arsu tersedikit kerana electron ialah pembawa tersedikit.

No comments:

Post a Comment