Thursday 16 April 2015

PENGALIRAN ARUS DALAM BAHAN JENIS N

Pengaliran arus dalam bahan jenis N boleh berlaku dalam dua keadaan serentak iaitu pergerakan electron bebas dalam jalur pengaliran yang merupakan pembawa terbanyak dan pergerakan lubang dalam jalur valensi yang merupakan pembawa arus tersedikit.
Pengaliran arus dalam bahan jenis N adalah seperti pengaliran arus dalam dawai kuprum.Rajah di bawah menunjukkan separuh pengalir ektrinsik jenis N disambung ke punca voltan.Electron iaitu pembawa terbanyak bergerak kea rah kutub positif punca voltan.Lubang yang merupakan pembawa tersedikit yang ditinggalkan oleh electron dalam jalur valensi seolah olah bergerak dari kutub positif ke kutub negative punca voltan.
Oleh sebab electron ialah pembawa terbanyak dalam bahan jenis N, maka arus yang melibatkan electron ialah arus terbanyak.Sebaliknya, lubang ialah pembawa tersedikit dalam bahan jenis N, maka arus yang melibatkan lubang ialah arus tersedikit.

     Apabila suhu bahan separuh pengalir dinaikkan, lebih banyak lubang akan terbentuk oleh tenaga terma. Oleh itu, arus tersedikit akan bertambah.

No comments:

Post a Comment