Wednesday 25 March 2015

Semikonduktor Ekstrinsik


  1. Bahan semikonduktor tulen seperti yang diterangkan diatas, sekiranya dicampurkan dengan bahan asing, ia akan menjadi tidak tulen lagi. Dalam keadaan ini ia akan menjadi bahan yang banyak kegunaannya.
  2.  Melalui proses serapan semikonduktor ekstrinsik dihasilkan.
  3. Bendasing yang digunakan dikenali sebagai trivalens (mempunyai 3 elektron valens) atau pentavalens (mempunyai 5 elektron valens)
  4. Contoh bendasing trivalens ialah aluminium, boron, galium, dan indium manakala contoh bendasing pentavalens ialah antimony, arsenik dan fosforus.
  5. Semikondukor ekstrinsik banyak digunakan dalam pembuatan komponen-komponen semikonduktor seperti diod, transistor dan litar bersepadu.
  6. Terbina daripada resapan atau penanaman atom bendasing ke dalam separuh pengalir intrinsik.
  7. Resapan atau penanaman atom ini dikenali sebagai pengedopan.
  8. Tujuan utama pengedopan adalah untuk menghasilkan lebihan elektron atau lebihan lubang.
  9. Oleh hal yang demikian, kealiran dalam separuh pengalir ekstrinsik akan menjadi lebih baik sama ada dengan pertambahan bilangan elektron bebas atau lubang.
  10. Terdapat dua jenis bahan separuh pengalir ekstrinsik iaitu bahan jenis N dan bahan jenis P bergantung kepada unsur bendasing yang ditambah.

No comments:

Post a Comment