Wednesday, 25 March 2015

Semikondukter Intrinsik


  1.    Semikonduktor intrinsik ialah semikonduktor tulin dan tidak mengandungi unsur asing sedikitpun di dalamnya. Contohnya seperti hablur Gemanium dan Silikon.
  2.     Semikonduktor intrinsik ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan.
  3.    Dalam ikatan kovalen, elektron valensi dikongsi oleh beberapa atom yang bersebelahan.
  4.     Setiap 4 atom yang berdekatan berkongsi satu elektron dengan atom yang bersebelahan lalu membentuk hablur.
  5.   Pada suhu mutlak semua elektron valensi terikat kuat dalam ikatan kovalen,jadi tiada pengaliran arus berlaku.
  6.     Kadangkala suatu elektron bebas akan bercantum semula dengan lubang.
  7.     Selepas beberapa mikrosaat menjadi elektron bebas, ia akan mengeluarkan tenaganya lalu kembali ke jalur valensi.
  8.   Proses penjanaan dan penggabungan semula pasangan elektron lubang terus berlaku pada suhu bilik.
  9.    Lubang di jalur valensi adalah bercas positif (kerana kehilangan elektron) dan ia boleh menarik elektron berdekatan di jalur valensi untukmengisi kekosongan itu.
  10.    Oleh itu terdapat pergerakan elektron pada satu arah dan pergerakan lubang pada arah yang bertentangan pada jalur valensi.

No comments:

Post a Comment