Friday 3 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Ahad ini, 5.2.2012 adalah hari ulangtahun Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Sama-sama kita menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W. semasa hayat baginda dan di jadikan pengajaran dan panduan untuk kita meneruskan hidup ini.

No comments:

Post a Comment