Thursday 16 February 2012

Mula buat hal

Dalam minggu ini sahaja ada beberapa kes yang melibatkan pelajar PPU. Yang paling utama dan mengejutkan pihak sekolah ialah membawa dan meminum arak di asrama. 4 orang terlibat dengan kes ini dan 2 daripadanya ialah pelajar tingkatan 4 PPU. Perkara ini telah pun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kes ke-2 ialah pergaduhan di asrama. Pelajar tingkatan 4 menyerang pelajar tingkatan 5 setelah mabuk dan pelajar tingkatan 5 balas balik dengan membawa kawan-kawan. 5 pelajar 5 PPu terlibat dan yang pelajar tingkatan 4 tadi yang terlibat dengan arak dan menjdi tokei kepada yang lain.

Kes ke-3 pada hari Selasa iaitu pergaduhan diantara seorang pelajar PPU dan seorang pelajar BB. Hasil siasatan menunjukkan pergaduhan berpunca dari salah faham ketika beratur di kantin untuk membeli makanan sewaktu rehat pagi. Tetapi pergaduhan bermula pada rehat tengahari antara pukul 2 hingga 2.30 petang semasa guru kelas tengah mesyuarat.

Setakat yang aku tahu, ini antara kes yang paling teruk berlaku melibatkan pelajar-pelajar PPU. Tindakan akan diambil untuk memberi pengajaran kepada semua pelajar lain supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment