Friday 24 February 2012

GoRo

Satu gotong-royong(GoRo) telah diadakan pada awal bulan untuk membersihkan kawasan sekolah termasuk kelas. Amalan ini sentiasa diamalkan untuk mempraktikkan amalan 5S yang telah dilaksanakan di sekolah ini dan telah mendapat pengiktirafan oleh MPC.







Thursday 16 February 2012

Mula buat hal

Dalam minggu ini sahaja ada beberapa kes yang melibatkan pelajar PPU. Yang paling utama dan mengejutkan pihak sekolah ialah membawa dan meminum arak di asrama. 4 orang terlibat dengan kes ini dan 2 daripadanya ialah pelajar tingkatan 4 PPU. Perkara ini telah pun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kes ke-2 ialah pergaduhan di asrama. Pelajar tingkatan 4 menyerang pelajar tingkatan 5 setelah mabuk dan pelajar tingkatan 5 balas balik dengan membawa kawan-kawan. 5 pelajar 5 PPu terlibat dan yang pelajar tingkatan 4 tadi yang terlibat dengan arak dan menjdi tokei kepada yang lain.

Kes ke-3 pada hari Selasa iaitu pergaduhan diantara seorang pelajar PPU dan seorang pelajar BB. Hasil siasatan menunjukkan pergaduhan berpunca dari salah faham ketika beratur di kantin untuk membeli makanan sewaktu rehat pagi. Tetapi pergaduhan bermula pada rehat tengahari antara pukul 2 hingga 2.30 petang semasa guru kelas tengah mesyuarat.

Setakat yang aku tahu, ini antara kes yang paling teruk berlaku melibatkan pelajar-pelajar PPU. Tindakan akan diambil untuk memberi pengajaran kepada semua pelajar lain supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang.

Tuesday 7 February 2012

KEMASKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI

Kepada semua lepasan SPM 2011 yang memohon ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013  hendaklah mengemaskini permohonan anda. Tempoh pengemaskinian maklumat anda dibuka mulai 6 Februari 2012 sehingga 19 Februari 2012. Pelajar SPM 2011 yang memohon melalui internet hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM untuk masuk. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844040/4031 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm.

5 PPU 2


Friday 3 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Ahad ini, 5.2.2012 adalah hari ulangtahun Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Sama-sama kita menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W. semasa hayat baginda dan di jadikan pengajaran dan panduan untuk kita meneruskan hidup ini.