Thursday 8 March 2018

CONTOH SOALAN DC GENERATOR


1.    Penjana ialah mesin yang __________________ .
A.   Menukarkan kuasa kepada elektrik.
B.   Menukarkan tenaga elektrik kepada kuasa.
C.   Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.
D.   Menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik.


2.    Unit kuasa penjana ialah __________________ .
A.   Watt atau volt.
B.   Watt atau kuasa kuda.
C.   Ampere atau ohm.
D.   Ohm atau kuasa kuda.


3.    Bahagian utama penjana arus terus ialah,
       I.    Angker
      II.    Kutub medan
    III.    Penukar tertib
    IV.    Berus karbon

A.   I sahaja.
B.   I dan II sahaja.
C.   I, II, dan III sahaja.
D.   Semua di atas

4.    Fungsi bingkai penjana atau Yok adalah _______________.
A.   Penyokong mesin.
B.   Penutup mesin.
C.   Pemegun.
D.   Pemutar.


5.    Fungsi utama angker adalah _______________ .
A.   Menempatkan belitan pengalir.
B.   Memutar medan magnet.
C.   Memegang belitan medan.
D.   Memegang berus karbon.


6.    Berikut adalah BENAR tentang Penukar tertib KECUALI
A.   Berfungsi sebagai penerus dalam penjana
B.   Menjadi perantara antara litar angker dan litar beban.
C.   Diperbuat daripasa tembereng tembaga dan berbentuk seperti baji.
D.   Semua tembaga disaluti dengan lapisan mika untuk mengelakkan spark.


7.    Dalam sistem mesin, magnet terbahagi kepada dua iaitu,
A.   Magnet kekal dan magnet sementara.
B.   Magnet ujaan dan magnet asing.
C.   Magnet asing dan magnet sementara.
D.   Magnet kekal dan magnet ujaan diri.


8.     Prinsip penjana arus terus adalah berasakan kepada ___________ .
A.   Hukum Ohm.
B.   Hokum Lens.
C.   Hukum Faraday.
D.   Hukum Tangan Kanan Fleming.


9.    Kekuatan daya gerak elektrik (d.g.e) yang terhasil adalah bergantung kepada
                             I.        Saiz penjana
                            II.        Panjang pengalir
                          III.        Sudut pemotongan
                          IV.        Kekuatan medan magnet

A.   I sahaja.
B.   I dan II sahaja.
C.   I, II dan III sahaja.
D.   II, III dan IV sahaja.


10. Dalam Hukum Tangan Kanan Fleming, ibu jari menunjukkan arah ___________.
A.   Arus.
B.   D.g.e terjana.
C.   Medan magnet.
D.   Pergerakan pengalir.


11. Dalam Hukum Tangan Kanan Fleming, jari telunjuk menunjukkan arah ___________.
A.   Arus.
B.   D.g.e terjana.
C.   Medan magnet.
D.   Pergerakan pengalir.


12. Apakah fungsi Kutub Antara?
A.   Menghasilkan medan magnet utama.
B.   Mengurangkan kesan tindak balas angker.
C.   Memotong medan magnet untuk menghasilkan d.g.e.
D.   Menyambung litar angker ke punca keluaran penjana.


13. Penjana ujaan asing ialah _______________ .
A.   Menghasilkan medan utama sendiri.
B.   Menghasilkan medan utama melalui kesan magnet baki.
C.   Memerlukan arus ujaan luar untuk menghasilkan medan magnet kutub.
D.   Memerlukan medan magnet diri yang disambung secara selari dengan penjana.


14. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur daya gerak elektrik (d.g.e.) yang terhasil?
A.   Meter Volt
B.   Meter Ampere
C.   Meter Galvano
D.   Meter Pelbagai


15. Manakah yang berikut merupakan penjana ujaan diri.
                             I.        Penjana siri
                            II.        Penjana pirau
                          III.        Penjana majmuk

A.   I sahaja.
B.   II sahaja.
C.   III sahaja.
D.   Semua di atas.

Rajah 1

16. Rajah 1 menunjukkan litar ______________.
A.   Penjana siri
B.   Penjana pirau
C.   Penjana majmuk pirau pendek
D.   Penjana majmuk pirau Panjang

Rajah 2

17. Pilih pernyataan yang BENAR tentang Rajah 2.
A.   Tiada d.g.e. terjana.
B.   D.g.e. sebelah positif terjana sepenuhnya.
C.   D.g.e. sebelah negatif terjana sepenuhnya.
D.   Ruas penukartertib ‘X’ dan ‘Y’ berlitar pintas.



18. Komponen dibawah berada di angker sesebuah mesin penjana KECUALI
A.   Kipas
B.   Bearing
C.   Penukar tertib
D.   Belitan medan

Rajah 3

19. Berdasarkan Rajah 3, tentukan arah arus yang mengalir di dalam gelung ABCD.
                         I.    Dari A ke B.
                        II.    Dari B ke A.
                      III.    Dari C ke D.
                      IV.    Dari D ke C.

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV


20. Berapakah nilai rintangan penebatan yang paling minimum dan masih boleh digunakan dalam sistem penjana DC?
A.   <1MΩ
B.   >1MΩ
C.   <100MΩ
D.   >100MΩ


KLIK DISINI UNTUK LIHAT JAWAPAN

3 comments:

  1. Jawapan ne, cikgu?

    ReplyDelete
  2. https://cooltechmatang.blogspot.com/2018/05/jawapan-contoh-soalan-dc-generator.html

    ReplyDelete