Wednesday 15 October 2014

Semikonduktor

Semikonduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan elektrik dan mempunyai sifat penebat dan pengalir. Semikonduktor juga boleh dipanggil sebagai separa pengalir.
Bahan yang selalu digunakan untuk membuat semikonduktor ialah silikon, germanium dan gallium arsenida. Kenapa semikonduktor penting dalam kehidupan kita? Ini kerana semikonduktor ialah penebat pada suhu yang sangat rendah namun pada suhu bilik ia boleh mengalirkan elektrik.
Bagaimana boleh menjadi penebat? Penebat tidak mempunyai kebolehan untuk mengalirkan elektron, elektron duduk diam saja. Jika lihat sifat silikon, silikon yang murni(Silikon 99%) pada suhu yang rendah semua elektron valans duduk diam dan bergabung sesama sendiri seperti penebat. Elektron valans ialah nilai elektron yang berada di orbit luaran.Gabungan ini dinamakan ikatan kovalen. Semua elektron tidak bebas bergerak oleh itu dia dinamakan penebat

No comments:

Post a Comment