Berdasarkan taklimat yang
diberikan Jumaat lepas, ramai pelajar yang tidak hadir sekolah. Ada antara
mereka yang mohon tempoh cuti, ada yang masih tidak puas berGawai, ada yang
ikut mak ayah bercuti di kampung dan sebagainya. Berdasarkan alasan yang dinyatakan
oleh guru kelas, dapat aku simpulkan di sini bahawa, cuti yang tak seragam ini
menimbulkan masalah dan kesusahan serta kekeliruan bukan setakat kepada ibu
bapa bahkan kepada pelajar itu sendiri.
Oleh yang demikian, mohon
kerjasama pihak BPTV supaya mengkaji balik sistem cuti yang diperkenalkan sejak
tahun lepas supaya tidak menyusahkan banyak pihak. Bukan kami nak menyalahkan
pembaharuan yang cuba dibuat,tetapi jika pembaharuan yang dibuat hanya
mendatangkan masalah dan kesusahan kepada pihak lain, lebih baik tak perlu
buat.
Kami kakitangan pun terasa
tempias dengan cuti ini. Anak cuti, tapi kita pula kerja. Masa kita cuti, anak
pula sekolah. Jadi,masa untuk bersama anak jadi makin berkurang.
Kami harap benar agar apa-apa
pembaharuan yang ingin diperkenalkan selepas ini dikaji dahulu baik buruknya
kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kehidupan kami.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment