Jumaat ini KV Matang akan mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat KV Matang. Acara bermula seawal pukul 7.30 pagi. Sambutan ini dimeriahkan dengan permainan batu selemban, ossom dan treasure hunt yang melibatkan guru dan pelajar. Pada tengaharinya pula diadakan jamuan sempena Hari Guru dan hari Gawai di Dewan Cyberlera asrama KV Matang. Inilah sambutan Hari Guru yang pertama dalam sejarah penulis disini apabila tidak diadakan p&p pada hari tersebut. Pelajar-pelajar pun bersorak gembira semasa pengumuman pagi tadi. Tetapi petangnya pula, satu taklimat diadakan kepada staf.
No comments:
Post a Comment