Saturday 16 March 2013

Karnival Pendidikan MARA 2013


Karnival Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Karnival yang diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Wadah Impian Dan Kejayaan’ akan diadakan di 10 lokasi seluruh negara berbanding 9 pada tahun lepas.
Tujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran karnival ini dilihat mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.
Karnival Pendidikan MARA ini juga memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA akan menggerakkan tujuh IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian.

Aktiviti Karnival

Bagi Lepasan Sekolah
  • Pameran Institut Pendidikan MARA (IPMa), Institut Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TEVT), IPTA & IPTS tempatan & luar negara
  • Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
  • Yuran pengajian percuma di IPMa terpilih
  • Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
  • Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  • Permohonan terus dan temu duga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
  • Ujian personaliti
Karnival Pendidikan MARA 2012
Bagi Pencari Kerja
  • Pameran syarikat dan usahawan
  • Peluang pekerjaan dan keusahawanan
  • Peluang bertemu bakal majikan
  • Temu duga kerja terbuka
  • Ceramah kerjaya
  • Penulisan resume
  • Tips menghadiri temu duga
  • Grooming & etiquette
  • Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
  • Pendaftaran JobsMalaysia
  • Ujian personaliti

Lokasi Karnival

TarikhLokasiNota
16 – 17 MacKUALA LUMPUR Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC#
23 – 24 MacPAHANG Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan#
30 – 31 MacJOHOR Plaza Angsana, Johor Bahru
2 – 3 AprilSABAH Dewan Masyarakat, Tawau
5 – 6 AprilSARAWAK Dewan Pameran Permata, Kuching#
13 – 14 AprilPERAK Stadium Indera Mulia, Ipoh
17 – 18 AprilKELANTAN Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu#
20 – 21 AprilKEDAH Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar
24 – 25 AprilTERENGGANU Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu#
20 – 21 AprilPULAU PINANG Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya
Karnival Pendidikan MARA ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang kecuali di Sabah dan Sarawak bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Nota # – Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka akan diadakan di lokasi ini. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Karnival Pendidikan MARA dan Facebook Karnival Pendidikan MARA karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03 2613 4859/ 4847/ 4854 atau faks 03 2692 7386.


Baca di: http://eputra.com/karnival-pendidikan-mara-2013/#ixzz2Nf8nK6fJ 

No comments:

Post a Comment