Sunday 18 December 2011

Pengauditan MPC

Pada 15.12.2011, SMV Matang telah didatangi oleh 2 orang Pegawai MPC iaitu En. Izani dan En. Megat untuk proses mengaudit Pensijilan 5S. Proses audit berjalan selepas pembentangan oleh Penyelaras 5S sekolah, Pn. Disin. Mereka dibahagikan dalam 2 kumpulan untuk mempercepatkan proses berjalan dan dapat mengaudit keseluruhan kawasan sekolah. En. Izani mengaudit kawasan 1 iaitu diseluruh bengkel manakala En. Megat di kawasan kelas, asrama dan kawasan lain.

Khabar yang mengembirakan kami perolehi apabila diumumkan pihak sekolah kami dianugerahkan Sijil 5S tanpa sebarang syarat. Lebih mengujakan apabila markah yang dijanjikan pula melebihi 90%. 

Kami seluruh warga sekolah amat bersyukur dan gembira dengan keputusan yang diperolehi. Akhirnya segala penat jerih kami sehingga tidak dapat bercuti terubat dengan keputusan tersebut. Sekarang, pihak sekolah menunggu perkhabaran yang lebih dinantikan iaitu perebutan tempat pertama dalam pertandingan 5S yang menjanjikan hadiah sebanyak RM50 000 oleh BPTV.


 En. Rosli (BPA BPTV) dan En. Megat (MPC) mendengar presentation dari Pn. Disin

 En. Izani menandatangani buku pelawat Bengkel PPU





No comments:

Post a Comment