Saturday, 31 December 2011

Sesi Baru Persekolahan

Sesi persekolahan baru penggal pertama 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012. Semua pelajar Tingkatan 5 mesti hadir pada hari tersebut kecuali pelajar yang mendapat tempat diasrama diwajibkan hadir sehari sebelum sesi sekolah bermula. Untuk pelajar tingkatan 4 yang terpilih ke sekolah ini akan mendaftar pada 9 Januari 2012.

Mesyuarat Guru Awal Tahun 2012

Mesyuarat guru kali pertama 2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikkh: 3 Januari 2012
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

TAKLIMAT SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Sunday, 18 December 2011

Pengauditan MPC

Pada 15.12.2011, SMV Matang telah didatangi oleh 2 orang Pegawai MPC iaitu En. Izani dan En. Megat untuk proses mengaudit Pensijilan 5S. Proses audit berjalan selepas pembentangan oleh Penyelaras 5S sekolah, Pn. Disin. Mereka dibahagikan dalam 2 kumpulan untuk mempercepatkan proses berjalan dan dapat mengaudit keseluruhan kawasan sekolah. En. Izani mengaudit kawasan 1 iaitu diseluruh bengkel manakala En. Megat di kawasan kelas, asrama dan kawasan lain.

Khabar yang mengembirakan kami perolehi apabila diumumkan pihak sekolah kami dianugerahkan Sijil 5S tanpa sebarang syarat. Lebih mengujakan apabila markah yang dijanjikan pula melebihi 90%. 

Kami seluruh warga sekolah amat bersyukur dan gembira dengan keputusan yang diperolehi. Akhirnya segala penat jerih kami sehingga tidak dapat bercuti terubat dengan keputusan tersebut. Sekarang, pihak sekolah menunggu perkhabaran yang lebih dinantikan iaitu perebutan tempat pertama dalam pertandingan 5S yang menjanjikan hadiah sebanyak RM50 000 oleh BPTV.


 En. Rosli (BPA BPTV) dan En. Megat (MPC) mendengar presentation dari Pn. Disin

 En. Izani menandatangani buku pelawat Bengkel PPU





Saturday, 10 December 2011

Sudah Bersedia

Mulai saat ini kami di Bengkel PPU bersedia sepenuhnya untuk menerima lawatan dan pengauditan dari pihak MPC untuk pengiktirafan Sijil 5S. Kami di Bengkel PPU juga sangat yakin dapat melepasi peratus kelulusan MPC dan mencapai target sekolah.

Saturday, 3 December 2011

Kursus VTO

Hari ini, tenaga pengajar Bengkel PPU menghadiri Kursus VTO yang dikendalikan oleh Syarikat Seri Pagi Enterprise di Bilik Mesyuarat sekolah. Kursus pendedahan selama sehari bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 4.30 petang. Pembangunan fail VTO adalah secara fastrack.



Lawatan ke-3

En. Rosli mengutarakan pendapatnya.



En. Ridhuan mencatit dapatan selepas pemerhatian.


Hj. Ishak memberi komen selepas melakukan tinjauan.

Sesi pembentangan hasil dapatan.

Pada 1 dan 2 haribulan Disember 2011, pihak Kaizen Solution Sdn. Bhd. telah membuat lawatan ke-3 ke sekolah ini sekaligus membuat pra audit untuk pensijilan 5S. Hadir sama ialah wakil dari BPTV iaitu En. Rosli dari BPA Sungai Buloh. Lawatan ke Bengkel PPu telah diadakan pada 1/12/2011. Ada beberapa perkara yang ditegur oleh Hj. Ishak untuk diperbaiki. Keseluruhan yang dinilai di Bengkel PPU adalah baik dan Bengkel PPU dilandasan yang tepat untuk persijilan tersebut.