TUJUAN UJIAN PENEBATAN
- Memastikan tiada kebocoran arus.
- Memastikan tiada litar pintas antara fasa dengan fasa, fasa dengan neutral dan fasa dengan bumi.
- Menguji ketahanan kabel.
Ujian Rintangan Penebatan Kabel (Satu Fasa)
1. Putuskan semua bekalan kuasa.
2. Asingkan/tanggalkan sambungan beban.
3. Laraskan meter kepada Mega Ohm.
4. Sentuhkan probe meter pada setiap fasa seperti berikut:
i. L-N
ii. L-E
iii. N-E
5. Catatkan bacaan.
6. Membuat kesimpulan:
- Bacaan yang diperlukan mestilah melebihi 1MegaOhm. Sekiranya nilai ukuran kurang dari 1 MegaOhm berkemungkinan litar tersebut telah berlaku litar pintas, salah sambungan, penebatan kabel lemah atau penebatan kabel sudah pecah.
Ujian Rintangan Penebatan Kabel (3 Fasa)
1. Putuskan semua bekalan kuasa.
2. Asingkan/tanggalkan sambungan beban.
3. Laraskan meter kepada Mega Ohm.
4. Sentuhkan probe meter pada setiap fasa seperti berikut:
i. R-Y
ii. R-B
iii. Y-B
iv. R-N
v. Y-N
vi. B-N
vii. R-E
viii. Y-E
ix. B-E
5. Catatkan bacaan.
6. Membuat kesimpulan:
- Bacaan yang diperlukan mestilah melebihi 1MegaOhm. Sekiranya nilai ukuran kurang dari 1 MegaOhm berkemungkinan litar tersebut telah berlaku litar pintas, salah sambungan, penebatan kabel lemah atau penebatan kabel sudah pecah.
Ujian Rintangan Penebatan Alatan Elektrik (Satu Fasa)
1. Putuskan semua bekalan kuasa.
2. Laraskan meter kepada Mega Ohm.
3. Sentuhkan probe meter pada setiap fasa seperti berikut:
i. L-N
ii. L-E
iii. N-E
5. Catatkan bacaan.
6. Membuat kesimpulan:
- Bacaan yang diperlukan mestilah melebihi 0.5 MegaOhm. Sekiranya nilai ukuran kurang dari 0.5 MegaOhm berkemungkinan litar tersebut telah berlaku litar pintas, salah sambungan, penebatan kabel lemah atau penebatan kabel sudah pecah.
Ujian Rintangan Penebatan Alatan Elektrik (3 Fasa)