Thursday, 7 March 2013

Pertandingan Inovasi Produk Pelajar

Pertandingan Inovasi Produk Pelajar antara Bengkel Kolej Vokasional Matang akan di adakan pada 20 Mac 2013 bertempat di Dewan Cyberguna Kolej Vokasional Matang pada jam 3.30 petang. 
Semua pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Sesiapa yang berminat boleh berurusan dengan guru bengkel masing-masing. Pendaftaran peserta selewatnya pada 13 Mac 2013.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan hari pertandingan ini dan melihat hasil produk yang telah dilakukan oleh pelajar Kolej Vokasional.

UJIAN 2 2013

Ujian 2 bagi tahun 2013 untuk semua pelajar MPAV akan bermula pada 18 dan 19 Mac 2013. Semua pelajar di minta merujuk kepada jadual yang telah diedarkan untuk maklumat lanjut atau terus kepada pensyarah pembimbing masing-masing untuk maklumat lanjut.

Monday, 21 January 2013

PENDAFTARAN PELAJAR KV BERMULA

Hari ini bermula kemasukan pelajar baru bagi semua Kolej Vokasional. Pendaftaran pelajar baru Batch pertama Kolej Vokasional Matang akan bermula pukul 8.00 pagi. Selamat datang kepada semua pelajar. Jadikan Kolej ini sebagai pembangkit anda untuk terus berjaya. Tahniah kerana terpilih ke sini.

Wednesday, 19 September 2012

Kursus SLDN

Pada 13.9.2012 dan 14.9.2012 yang lepas, guru-guru di Jabatan Penyejukan dan Penyamanan Udara telah menghadiri kursus Sistem Latithan Dual Nasional (SLDN) yang bertempat di SMV Matang. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Latihan dan Bimbingan Sekolah (ULBS). Penceramah dijemput dari CIAST iaitu Pn. Norhayati. Turut hadir ialah wakil pegawai dari JPK Putrajaya, JPK Wilayah Sarawak, Tn. HJ. Marzuki b. Kemi (BPTV), wakil-wakil industri dan wakil guru-guru sekolah menengah vokasional seluruh Sarawak.

Kursus VTO

Pada minggu depan, kebanyakan guru PPU akan menghadiri Kursus Vocational Traning Officer (VTO) yang dijalankan oleh pihak CIAST. Untuk menjimatkan kos, kursus ini akan diadakan di sekolah. Kursus ini berjalan selama lima hari dari 24.9.2012 sehingga 28.9.2012. Ia akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang setiap hari. 

Antara yang terlibat ialah En. Ambrose, En. Sigal, En. Josep, En. Leong, dan En. Zaharuddin. En. Alfred pula akan menghadiri temuduga VTO pada 25.9.2012. Semoga semua berjaya mendapat sijil VTO masing-masing.