Sebuah Kilang Sawit menerima bekalan 415V,
1000A, dari pemegang lesen ,tidak disenggarakan dengan sempurna. Kelengkapan
Papan Suis Utama banyak yang rosak dan tidak diganti .Olehkerana ACB utama
sering terpelantik pihak pengurusan telah mengarahkan Penjaga Jentera Elektrik
pepasangan itu mengubah tatahan geganti
perlindungan .
Mengikut
Akta Dan Peraturan Elektrik, huraikan
tindakan yang boleh diambil oleh
Suruhanjaya
keatas ,
a )Pepasangan itu
b ) Pihak pengurusan pepasangan itu.
C ) Orang kompeten pepasangan itu.
JAWAPAN
a)
pepasangan
Bahagian IX, seksyen 38 . (1) Jika mana-mana orang yang diambil kerja
oleh pemegang lesen mendapat keterangan dimana-mana premis yang pada
pendapatnya membuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan dibawah seksyen
37 (1), 37 (3) atau 37 (14), pemegang lesen atau mana-mana orang yang
diberikuasa sewajarnya oleh pemegang lesen boleh, dengan memberi notis tidak
kurang daripada dua puluh empat jam, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang
ditetapkan, menyebabkan bekalan elektrik diipotong daripada premis tersebut.
Bahagian IX, seksyen 38 (2) Jika bekalan elektrik telah
dipotong dibawah subseksyen (1), maka ia tidaklah boleh disambung semula
sehinggalah pemegang lesen menurut budi bicaranya memberikan kebenaran bagi penyambungan
semula:
Dengan syarat bahawa
tempoh pemotongan itu tidaklah melebihi tiga bulan.
b)
pihak pengurusan pepasangan
Bahagian IX, seksyen
37 (1) Telah
melakukan suatu kesalahan
mengganggu atau melaraskan apa-apa pepasangan dan bagi setiap kesalahan
sedemikian, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus
ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau
kedua-duanya.
ATAU
Bahagian IX, seksyen 37 (3) Mana-mana orang yang
mengikut apa-apa cara dengan curang boleh dikenakan apabila disabitkan, denda
tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
c)
orang kompeten pepasangan
Bahagian IX, seksyen
37 (7) Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah gagal mematuhi
apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh
ribu ringgit dan, denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi
tiap-tiap hari atau sebahagaian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan
selepas sabitan.