Friday 16 October 2015

Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016

Bagi pelajar lepasan PT3 yang berminat untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, permohonan untuk kemasukan sesi 2016 telah pun di buka. Permohonan boleh di buat samada secara online di https://sptv.moe.gov.my/ atau datang terus ke mana-mana Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik yang terdekat dengan anda untuk mengisi borang permohonan secara manual.

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan di sini <klik di sini untuk download borang> untuk diisi dan boleh dihantar secara terus atau poskan ke Kolej Vokasional Matang, KM. 14, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. Alamat untuk kolej lain boleh didapati di link berikut:<klik untuk alamat>.


Tarikh tutup permohonan pada 20.12.2015.

Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Matang untuk tahun 2016 ialah:


1.                 Teknologi Elektrik
2.                 Teknologi Elektronik
3.                 Pemesinan Industri
4.                 Teknologi Automotif
5.                 Teknologi Penyamanan dan Penyejukan Udara
6.                 Teknologi Pembinaan
7.                 Seni Kulinari
8.                 Fesyen dan Pembuatan Pakaian
9.                 *Kosmetologi
10.              Pengurusan dan Perniagaan

*perempuan sahaja.

- Program pengajian adalah selama empat (4) tahun dengan menggunakan sistem semester.
- Pelajar akan menjalani On Job Training (OJT) selama 3 bulan selepas selesai program di KV.
- Di akhir pengajian, pelajar akan menerima Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).










Peperiksaan Amali Tahun 2 Semester 4 2015





















Monday 5 October 2015

Selamat menjalani Peperiksaan Akhir

Hari ini bermula Peperiksaan Akhir bertulis bagi pelajar Tahun 2 Semester 4 2015. Kami mendoakan semoga semua pelajar terutama pelajar ETE dapat menjawab exam dengan tenang dan selesa. Exam bertulis semester 4 akan berakhir pada hari Khamis nanti.

Bagi pelajar Tahun 1 semester 2 2015 pula akan mengahadapi Peperiksaan Akhir Amali bermula esok hari sehingga Khamis nanti.

Good luck untuk semua pelajar.