Friday 29 May 2015

Sambutan Hari Guru

Alhamdulillah..Sambutan terbaik dalam tempoh hampir 5 tahun saya kat sini. Sambutan hari ini bukan lagi cikgu syok sendiri kerana semua acara diuruskan oleh pelajar. Inilah permulaan dan pertama kali cikgu-cikgu hanya jadi penonton. Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar terutama sekali kepada guru pembimbing mereka Cik Nur Syatilla kerana berjaya membuat perubahan.

Hari ini boleh lihat bakat pelajar dalam pelbagai segi termasuk lakonan, pengarahan video, penghasilan video dan pelbagai lagi bakat dan idea mereka. Inilah lapangan terbaik bagi mereka untuk menyerlah.

Semoga tahun depan boleh buat lagi meriah dengan sokongan padu pihak pentadbiran.. Insya Allah..


























VIDEO KORPORAT KV MATANG