Friday 27 March 2015

PENGENALAN LUKISAN PENDAWAIAN 3 FASA

PENERANGAN  :

Lukisan elektrik tergolong dalam lukisan teknik bagi bangunan. Aspek-aspek yang terkandung dalam lukisan pelan bentangan elektrik ialah simbol-simbol piawaian elektrik,lukisan susunatur elektrik,gambarajah skematik,gambarajah laluan pendawaian,lagenda dan jenis garisan.

1.    SIMBOL-SIMBOL PIAWAIAN ELEKTRIK
Tujuannya ialah untuk menyeragamkan satu-satu alat dan aksesori elektrik untuk mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pihak-pihak yang terlibat melaksanakan tugas-tugas dengan lebih sempurna .

   1.1 Kelebihan simbol-simbol piawaian elektrik
  i)   Untuk membezakan simbol piawaian elektrik dengan simbol piawaian elektronik yang mempunyai sedikit persamaan.

2.     LUKISAN SUSUN ATUR ELEKTRIK

        Perkara utama yang dimuatkan dalam lukisan ini adalah pelan susun atur senibina atau arkitek. Susun atur elektrik merupakan simbol-simbol yang tertera dalam simbol elektrik piawai kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis simbol-simbol senibina mengikut keperluan tempat / ruang / bilik itu sendiri. Pada amnya ia dipenuhi oleh simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Skala yang biasa digunakan dalam pelan susun atur ialah 1:100.

3.     GAMBARAJAH SKEMATIK
    Gambarajah yang menunjukkan turutan kawalan / unit pengguna / alat perlindungan utama dan saiz alat perlindungan litar akhir dan saiz, saiz kabel utama dan litar akhir dan jenis beban yang tersambung dalam litar. Sambungan dari jenis beban ditulis pada litar akhir dalam bentuk yang mudah difahami sebagai contoh : 3 – 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan P menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour. 2 – 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w. 
(M) – menunjukkan lampu dari jenis mercury / raksa

4.     GAMBARAJAH  LALUAN  PENDAWAIAN

       i.     Setiap point litar yang mengawal hendaklah ditunjukkan laluan pendawaian bagi litar tersebut.
       ii.    laluan pendawaian hendaklah ditunjukan dengan garisan putus-putus bermula daripada suis kawalan hinggalah point litar akhir.

5.    LAGENDA/PETUNJUK

       i.   Lagenda/petunjuk digunakan bertujuan untuk memudahkan proses mengenalpasti sesuatu simbol yang terdapat di dalam lukisan pelan bentangan pendawaian elektrik.
      ii.   Untuk menyeragamkan pelan lukisan bentangan dan lukisan bentangan mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik 1994.


6.   JENIS – JENIS GARISAN YANG DIGUNAKAN
      i.  Dalam penghasilan sebuah pelan bentangan jenis garisan adalah faktor utama yang perlu diambil kira bagi memberikan gambaran sebenar sebuah lukisan pelan bentangan.
     ii.  Diantara jenis garisan yang digunakan dalam lukisan pelan bentangan adalah :
a.    Garisan binaan
b.    Garisan objek
c.    Garisan penengah
d.    Garisan tersembunyi

e.    Garisan putus- putus

Thursday 26 March 2015

Jenis Diod, Simbol Dan Kegunaannya



                JENIS


                 SIMBOL


             KEGUNAAN

DIOD KUASA




PENERUS

DIOD ZENER



PENGATUR VOLTAN

DIOD FOTO



PENGESAN CAHAYA

VARACTOR DIOD


LITAR PENALAAN

LED



INDICATOR

TUNNEL DIOD



OSCILLATOR

Wednesday 25 March 2015

Sistem Bekalan Kuasa Arus Terus

Unit Bekalan Kuasa Arus Terus terbina daripada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian yang utama terdiri daripada pengubah, litar penerus dan litar penapis. Sementara bahagian-bahagian tambahan ialah pengatur voltan dan rangkaian pembahagi voltan. Rajah di bawah mengambarkan rajah blok bagi unit bekalan kuasa arus terus yang dimaksudkan.

Gambar rajah Blok Sistem Bekalan Kuasa Arus Terus


Secara ringkasnya pengubah akan menurunkan voltan masukan a.u. ke nilai a.u. yang sesuai. Keluaran pengubah akan ditukarkan ke bentuk a.t. menggunakan litar penerus. Keluaran penerus yang berdenyut akan ditapis oleh litar penapis supaya bentuknya lurus. Litar pengatur voltan akan menstabilkan voltan keluaran sebelum diagihkan menggunakan litar pembahagi voltan.

Semikonduktor

Semikonduktor ialah bahan kealiran elektrik yang mempunyai sifat di antara penebat dan pengalir. Ia juga boleh dipanggil sebagai separa pengalir. Antara bahan yang selalu digunakan untuk membuat semikonduktor ialah silikon, germanium dan galium arsenida.

Semikonduktor ialah penebat pada suhu yang sangat rendah namun pada suhu bilik ia boleh mengalirkan elektrik.

Bagaimana boleh menjadi penebat?
Penebat tidak mempunyai kebolehan untuk mengalirkan elektron, elektron duduk diam saja.
Jika lihat sifat silikon, silikon yang murni(Silikon 99%) pada suhu yang rendah semua elektron valans duduk diam dan bergabung sesama sendiri seperti penebat. 
Elektron valans ialah nilai elektron yang berada di orbit luaran.

Gabungan ini dinamakan ikatan kovalen.Semua elektron tidak bebas bergerak oleh itu dia dinamakan penebat.

Bagaimana boleh menjadi pengalir?
Pengalir mempunyai kebolehan untuk mengalirkan elektron bebas sesuka hati.
Apabila silikon dipanaskan atau ditambahkan medan elektrik, elektron mendapat tenaga. Elektron(-) yang bertenaga akan keluar dari tempatnya dari silikon ke luar meninggalkan lubang(+). Pergerakan elektron menyebabkan arus dapat mengalir. 

Langkah Pematerian


  1. Panaskan alat pemateri.
  2. Bersihkan bit dengan span yg basah dan kain lembut.
  3. Pastikan alat pemateri cukup panas sebelum buat pematerian. Uji dengan menyentuh bit pada timah pemateri.
  4. Sentuhkan bit pada balapan yang ada kaki komponen yang hendak dipateri.
  5. Pematerian pada kaki komponen ke balapan hendaklah sempurna. Elakkan pateri daripada melimpah ke balapan lain.
  6. Pematerian yang sempurna mengelakkan berlakunya litar pintas.
  7. Angkat timah pateri diikuti dengan alat pemateri.
  8. Biarkan alat pemateri sejuk.
  9. Bersihkn bit dengan mengosokkannya pada span.
  10. Setelah selesai kerja pematerian letakkan alat pemateri pada pemegang alat pateri dan tutup suis.

Semikonduktor Ekstrinsik


  1. Bahan semikonduktor tulen seperti yang diterangkan diatas, sekiranya dicampurkan dengan bahan asing, ia akan menjadi tidak tulen lagi. Dalam keadaan ini ia akan menjadi bahan yang banyak kegunaannya.
  2.  Melalui proses serapan semikonduktor ekstrinsik dihasilkan.
  3. Bendasing yang digunakan dikenali sebagai trivalens (mempunyai 3 elektron valens) atau pentavalens (mempunyai 5 elektron valens)
  4. Contoh bendasing trivalens ialah aluminium, boron, galium, dan indium manakala contoh bendasing pentavalens ialah antimony, arsenik dan fosforus.
  5. Semikondukor ekstrinsik banyak digunakan dalam pembuatan komponen-komponen semikonduktor seperti diod, transistor dan litar bersepadu.
  6. Terbina daripada resapan atau penanaman atom bendasing ke dalam separuh pengalir intrinsik.
  7. Resapan atau penanaman atom ini dikenali sebagai pengedopan.
  8. Tujuan utama pengedopan adalah untuk menghasilkan lebihan elektron atau lebihan lubang.
  9. Oleh hal yang demikian, kealiran dalam separuh pengalir ekstrinsik akan menjadi lebih baik sama ada dengan pertambahan bilangan elektron bebas atau lubang.
  10. Terdapat dua jenis bahan separuh pengalir ekstrinsik iaitu bahan jenis N dan bahan jenis P bergantung kepada unsur bendasing yang ditambah.

Semikondukter Intrinsik


  1.    Semikonduktor intrinsik ialah semikonduktor tulin dan tidak mengandungi unsur asing sedikitpun di dalamnya. Contohnya seperti hablur Gemanium dan Silikon.
  2.     Semikonduktor intrinsik ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan.
  3.    Dalam ikatan kovalen, elektron valensi dikongsi oleh beberapa atom yang bersebelahan.
  4.     Setiap 4 atom yang berdekatan berkongsi satu elektron dengan atom yang bersebelahan lalu membentuk hablur.
  5.   Pada suhu mutlak semua elektron valensi terikat kuat dalam ikatan kovalen,jadi tiada pengaliran arus berlaku.
  6.     Kadangkala suatu elektron bebas akan bercantum semula dengan lubang.
  7.     Selepas beberapa mikrosaat menjadi elektron bebas, ia akan mengeluarkan tenaganya lalu kembali ke jalur valensi.
  8.   Proses penjanaan dan penggabungan semula pasangan elektron lubang terus berlaku pada suhu bilik.
  9.    Lubang di jalur valensi adalah bercas positif (kerana kehilangan elektron) dan ia boleh menarik elektron berdekatan di jalur valensi untukmengisi kekosongan itu.
  10.    Oleh itu terdapat pergerakan elektron pada satu arah dan pergerakan lubang pada arah yang bertentangan pada jalur valensi.

Friday 20 March 2015

Pertolongan Cemas

Definisi- memberi rawatan secara segera kepada mangsa dan memastikan bahawa mangsa dalam keadaan pemulihan sehingga ketibaan pegawai perubatan.


Siapa yang boleh memberi Pertolongan Cemas?
Mana-mana individu yang berpengetahuan dalam asas pertolongan cemas dan berada di tempat kejadian.

Pembumian

Cara mengurangkan rintangan bumi
  1. Bubuh garam disekeliling elektrod.
  2. Tanam elektrod di tempat yang lembab atau berair.
  3. Tabur serbuk besi.
  4. Tabur arang batu.
  5. Tanam 2 batang elektrod secara selari atau jarak 6 kaki.
  6. Panjangkan elektrod.

Thursday 12 March 2015

Pengujian Pendawaian Elektrik

  • Merupakan bahagian yang paling penting.
  • Memastikan pemasangan baik, selamat digunakandan mematuhi peraturan IEE, ST, dan TNB.
  • Dapat mengenalpasti kekurangan, kelemahan, dan kerosakan dalam pemasangan.
  • Ujian juga dilakukan bagi mengelakkan daripada:_Membahayakan diri sendiri, orang lain danhaiwan.
  • Merosakkan alatan elektrik
  • Insulation tester dan multimeter digunakandalam pengujian pendawaian yang dilakukan.
  • Terdapat lebih 15 cara pengujian.
  • Bagaimanapun, hanya 3 cara pengujian yang akan dilakukan di dalam makmal iaitu:

  1. Ujian Rintangan
  2. Ujian Kekutuban
  3. Ujian rintangan

  • 2 ujian akan dilakukan:

  1. Rintangan penebat bumi iaitu Nilai rintangan bagi kabel Life- Earth (LE) dan Neutral-Earth (N-E) diuji menggunakan insulation tester .
  2. Rintangan penebat antara pengalir iaitu Nilai rintangan bagi kabel Life – Neutral (L-N) ditentukan.

  • Bagi kedua-dua ujian rintangan di atas,bacaan yang direkodkan perlulah melebihi 1 Mega Ohm.
  • Bagaimanapun nilai sepatutnya yang dicapai adalah infiniti iaitu berada dalam keadaan litar terbuka (open circuit).


Ujian kekutuban
  • Pengujian kekutuban dilakukan bagi memastikan pemasangan dilakukan dengan betul ke punca dan kekutubannya.
  • Dapat tentukan dengan menguji nilai rintangan dari hujung kabel ke hujung kabel yang dipasang.
  • Rintangan bagi kabel Life– Life (L-L) dan Neutral- Neutral (N-N) ditentukan.
  • Bacaan yang perlu dicapai adalah 0 ohm.
  • Litarberoperasi dalam keadaan yang baik.
  • Mengikut IEE, bacaan bagi litar tertutup perlu kurang dari 1 ohm.


Ujian keterusan pengalir
  • Di namakan juga ujian litar tertutup.
  • Rintangan antara hujung kabel Earth,E pada kotak agihan dan hujung kabel Earth,E litar ditentukan.
  • Bacaan yang perlu dicapai adalah 0 ohm.
  • Litar berada dalam keadaan yang baik tanpa kebocoran arus

Peraturan pemasangan pendawaian elektrik

1. Ikatan mestilah kuat. Jika longgar boleh menyebabkan spark yang akan mengakibatkan kebakaran.
2. Semasa ikatan jangan masukkan kabel terlampau ke dalam sehingga ikatan skru berlaku di penebat.
3. Jangan biarkan pengalir pada kabel terdedah,pastikan panjangnya betul-betul sepadan dengan ikatan.