Monday 16 June 2014

Cuti tak seragam menyusahkan

Berdasarkan taklimat yang diberikan Jumaat lepas, ramai pelajar yang tidak hadir sekolah. Ada antara mereka yang mohon tempoh cuti, ada yang masih tidak puas berGawai, ada yang ikut mak ayah bercuti di kampung dan sebagainya. Berdasarkan alasan yang dinyatakan oleh guru kelas, dapat aku simpulkan di sini bahawa, cuti yang tak seragam ini menimbulkan masalah dan kesusahan serta kekeliruan bukan setakat kepada ibu bapa bahkan kepada pelajar itu sendiri.

Oleh yang demikian, mohon kerjasama pihak BPTV supaya mengkaji balik sistem cuti yang diperkenalkan sejak tahun lepas supaya tidak menyusahkan banyak pihak. Bukan kami nak menyalahkan pembaharuan yang cuba dibuat,tetapi jika pembaharuan yang dibuat hanya mendatangkan masalah dan kesusahan kepada pihak lain, lebih baik tak perlu buat.

Kami kakitangan pun terasa tempias dengan cuti ini. Anak cuti, tapi kita pula kerja. Masa kita cuti, anak pula sekolah. Jadi,masa untuk bersama anak jadi makin berkurang.
Kami harap benar agar apa-apa pembaharuan yang ingin diperkenalkan selepas ini dikaji dahulu baik buruknya kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kehidupan kami.


Terima kasih.

Friday 13 June 2014

Mesyuarat PIBG dan Hari Kualiti 2014

Mesyuarat Agong PIBG KV Matang akan diadakan pada Hari Sabtu, 21 Jun 2014 ini. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi. Semua Ibubapa dijemput hadir. Sementara itu, Majlis Hari Kualiti akan menyusul selepas Mesyuarat agong tersebut.

Harap maklum..