Wednesday 22 January 2014

Pengumuman sekolah ganti

Perhatian kepada semua warga KV Matang, Sabtu ini,25.01.2014 adalah hari ganti persekolahan bagi menggantikan cuti Tahun Baru Cina. Jadual waktu untuk hari tersebut adalah mengikut jadual pada hari Isnin. Harap maklum.

Pelajar baru telah mendaftar

Pelajar KV semester 1 telah pun mendaftar pada hari Isnin lepas 20.01.2014. Lebih 300 orang telah mendaftar mengikuti 9 kursus yang ditawarkan di sini. Minggu ini, pelajar baru akan mengikuti Program Jalinan Sayang sebagai pendedahan dan pengenalan kepada pelajar.