Thursday 18 July 2013

Majlis Lan Berambeh Sungkei Bersama BPTV

Kolej Vokasional Matang akan mengadakan  majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan Pengurusan Asrama dengan menjemput pegawai dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).

Sehubungan dengan itu, pihak Kolej ingin menjemput  semua kakitangan, pelajar dan ibubapa untuk hadir beramai-ramai untuk menghidup dan memeriahkan lagi Majlis Lan Berambeh Sungkei Bersama BPTV ini.


Majlis tersebut akan diadakan pada 25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434 Hijrah. Majlis akan bermula seawal 5.30 petang  di Dewan Cyberguna Kolej Vokasional Matang. Insyaallah, ramai-ramai kita hidupkan permuafakatan ini..

Monday 1 July 2013

Sukan Tahunan

KV Matang akan mengadakan sukan tahunan esok hari di Stadium negeri. Acara akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Pelajar akan dibawa menggunakan 16 buah bas yang disewa unruk mengangkut pelajar ke stadium. Pelajar yang ingin menaiki bas diminta berkumpul seawal jam 6 pagi bagi mengelakkan kesesakan di jalan Matang. Esok hari pula diumumkan sebagai cuti peristiwa.