Saturday 16 March 2013

Ceramah Meningkatkan Kefahaman Transformasi Pendidikan Vokasional

Ceramah Meningkatkan Kefahaman Transformasi Pendidikan Vokasional telah diadakan di KV Matang petang semalan yang dihadiri oleh Tn. Hj Marzuki dan En Mohd Idris, Pegawai dari BPTV. Berikut petikan rakaman ceramah tersebut.



Keputusan SPM di umum Khamis ini


KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini, dan calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.
   
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklum melalui pos.
   
Calon SPM 2012 juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
   
"Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac," katanya.
   
Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.
     
Peperiksaan bertulis SPM diadakan dari 5 Nov hingga 6 Dis tahun lepas dengan seramai 472,541 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat di seluruh negara. - Bernama

Karnival Pendidikan MARA 2013


Karnival Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Karnival yang diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Wadah Impian Dan Kejayaan’ akan diadakan di 10 lokasi seluruh negara berbanding 9 pada tahun lepas.
Tujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran karnival ini dilihat mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.
Karnival Pendidikan MARA ini juga memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA akan menggerakkan tujuh IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian.

Aktiviti Karnival

Bagi Lepasan Sekolah
  • Pameran Institut Pendidikan MARA (IPMa), Institut Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TEVT), IPTA & IPTS tempatan & luar negara
  • Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
  • Yuran pengajian percuma di IPMa terpilih
  • Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
  • Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  • Permohonan terus dan temu duga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
  • Ujian personaliti
Karnival Pendidikan MARA 2012
Bagi Pencari Kerja
  • Pameran syarikat dan usahawan
  • Peluang pekerjaan dan keusahawanan
  • Peluang bertemu bakal majikan
  • Temu duga kerja terbuka
  • Ceramah kerjaya
  • Penulisan resume
  • Tips menghadiri temu duga
  • Grooming & etiquette
  • Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
  • Pendaftaran JobsMalaysia
  • Ujian personaliti

Lokasi Karnival

TarikhLokasiNota
16 – 17 MacKUALA LUMPUR Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC#
23 – 24 MacPAHANG Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan#
30 – 31 MacJOHOR Plaza Angsana, Johor Bahru
2 – 3 AprilSABAH Dewan Masyarakat, Tawau
5 – 6 AprilSARAWAK Dewan Pameran Permata, Kuching#
13 – 14 AprilPERAK Stadium Indera Mulia, Ipoh
17 – 18 AprilKELANTAN Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu#
20 – 21 AprilKEDAH Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar
24 – 25 AprilTERENGGANU Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu#
20 – 21 AprilPULAU PINANG Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya
Karnival Pendidikan MARA ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang kecuali di Sabah dan Sarawak bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Nota # – Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka akan diadakan di lokasi ini. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Karnival Pendidikan MARA dan Facebook Karnival Pendidikan MARA karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03 2613 4859/ 4847/ 4854 atau faks 03 2692 7386.


Baca di: http://eputra.com/karnival-pendidikan-mara-2013/#ixzz2Nf8nK6fJ 

Monday 11 March 2013

Pengauditan 5S kali Pertama 2013

Pengauditan 5S kali Pertama 2013 akan dimulakan pada 18-20 Mac 2013. Diminta semua PIC mengemaskini kawasan masing-masing dan bersedia untuk dinilai. Pihak Auditor akan melawat setiap kawasan pada tarikh tersebut. Pembentangan audit pula akan diadakan pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 pada jam 2.30- 4.15 petang di Bilik Mesyuarat.

Thursday 7 March 2013

Pertandingan Inovasi Produk Pelajar

Pertandingan Inovasi Produk Pelajar antara Bengkel Kolej Vokasional Matang akan di adakan pada 20 Mac 2013 bertempat di Dewan Cyberguna Kolej Vokasional Matang pada jam 3.30 petang. 
Semua pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Sesiapa yang berminat boleh berurusan dengan guru bengkel masing-masing. Pendaftaran peserta selewatnya pada 13 Mac 2013.

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan hari pertandingan ini dan melihat hasil produk yang telah dilakukan oleh pelajar Kolej Vokasional.

UJIAN 2 2013

Ujian 2 bagi tahun 2013 untuk semua pelajar MPAV akan bermula pada 18 dan 19 Mac 2013. Semua pelajar di minta merujuk kepada jadual yang telah diedarkan untuk maklumat lanjut atau terus kepada pensyarah pembimbing masing-masing untuk maklumat lanjut.