Friday 20 January 2012

Selamat Bercuti

Mulai esok, pelajar akan mula bercuti sempena Tahun Baru Cina. Pelajar asrama perempuan dan yang bukan Islam akan dilepaskan sebaik sahaja sesi persekolahan tamat manakala pelajar Islam lelaki digalakkan pulang selepas Solat Jumaat di Surau Sekolah.

Kami warga PPU mengucapkan selamat bercuti dan jaga keselamatan diri.

Wednesday 18 January 2012

Jamuan 5S

Satu Majlis jamuan telah diadakan pada petang tadi sempena meraikan kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan 5S yang lepas dan menghargai jasa warga sekolah yang telah menyumbangkan seluruh tenaga kearah kecemerlangan tersebut. Majlis yang bermula pada pukul 2.50 itu telah dihadiri semua warga sekolah termasuk pelajar.

Kejayaan SMVM mendapat 94.3% markah keseluruhan audit MPC telah dianugerahkan tempat pertama bagi KV/SMT/SMV yang telah dianjurkan oleh BPTV dan memenangi hadiah utama iaitu wang sebanyak RM 50 000.00.

Kejayaan ini membanggakan kami semua warga sekolah. Diharapkan pihak pentadbiran dapat memberikan satu hadiah ataupun cenderamata yang boleh dijadikan kenangan dan bermanfaat contohnya seperti baju korporat.

Lawatan Penanda Aras 5S@5L

Hari ini, SMVM telah dikunjingi oleh staf dari sebuah Sekolah Latihan Industri, Pontianak, Indonesia iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Perindustrian Indonesia. Rombongan mereka seramai lebih kurang 70 orang datang untuk melihat perlaksanaan 5S di sini di semua lokasi termasuk Bengkel PPU.

Rombongan mereka sampai kdalam pukul 11.30 pagi. Selepas taklimat ringkas, mereka dipecahkan dalam 4 kumpulan dan diiringi oleh AJK 5S SMVM untuk melawat kawasan sekolah.

Difahamkan, 5S di Indonesia dikenali sebagai 5L. Mungkin alih bahasa Jepun kepada Indon menjadi begitu.
Kunjungan mereka juga merapatkan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan antara kedua buah negara.

Kami di Bengkel PPU mengucapkan terima kasih kepada semua ahli rombongan dari Pontianak kerana sudi melawat sekolah kami. 

Wednesday 11 January 2012

Lawatan Penanda Aras 5S

Bermula esok, satu lawatan penanda aras 5S oleh 6 buah KV/SMT/SMV seluruh Sarawak ke SMV Matang diadakan. Lawatan tersebut untuk mempelajari dan berkongsi maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan di sekolah ini.

Untuk pengetahuan umum, SMV Matang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Amalan 5S yang dianjurkan oleh BPTV dan merupakan satu-satunya sekolah yang mendapat markah melebihi 90% dengan markah 94.3% semasa diaudit oleh pihak MPC. 

Kami di SMV Matang mengalukan kedatangan pelawat untuk berkongsi kejayaan kami dan bersama-sama melaksanakan amalan 5S disekolah masing-masing.

Monday 9 January 2012

PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Hari ini berlangsungnya pendaftaran pelajar baru tingkatan 4. Seramai 22 pelajar telah mendaftar untuk kelas 4 PPU 1 dan 26 pelajar untuk 4 ppu 2 setakat pukul 4.30 petang tadi. Esok dijangka masih ada pelajar yang akan mendaftar sehingga mencukupi kuota yang ditetapkan oleh BPTV.

Kami warga Bengkel PPU mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan berharap mereka dapat mengikuti segala peraturan dan P&P dengan sempurna.



Esok bermula lah sesi orientasi bagi pelajar baru yang mendaftar.

JADUAL WAKTU 5 PPU 2

JADUAL WAKTU 5 PPU 1

JADUAL WAKTU 4 PPU 1

Wednesday 4 January 2012

Ahli Baru PPU

Selamat datang kepada En. Gudum anak Awang ke Bengkel PPU. En. Gudum yang sebelum ini mengajar Kursus Elektronik dipindahkan ke Bengkel PPU untuk bergandingan dengan En. Leong Chin San mengajar 4 PPU 1.

Dengan kemasukan En. Gudum ke Bengkel PPU melengkapkan kouta guru di Bengkel ini. Semoga semua ahli Bengkel PPU dapat bekerjasama baik dalam menjayakan agenda kerajaan.