Wednesday, 3 October 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional 2013 telah dibuka

Bagi pelajar lepasan PMR yang berminat untuk memasuki Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional, permohonan untuk kemasukan sesi 2013 telah pun di buka. Permohonan boleh di buat samada secara online di http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/ atau datang terus ke mana-mana Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik/Sekolah Menengah Vokasional yang terdekat dengan anda untuk mengisi borang permohonan secara manual.

Mulai tahun 2013, Sekolah Menengah Vokasional Matang akan dikenali dengan Kolej Vokasional Matang. Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Matang ialah:

ALIRAN
KURSUS
SYARAT KEMASUKAN
VOKASIONAL
1.                 Teknologi Elektrik
2.                 Teknologi Elektronik
3.                 Pemesinan Industri
4.                 Teknologi Automotif
5.                 Teknologi Penyamanan dan Penyejukan Udara
6.                 Teknologi Pembinaan
7.                 Seni Kulinari
8.                 Fesyen dan Pembuatan Pakaian
9.                 *Kosmetologi
10.              Pengurusan dan Perniagaan
Minimum C dalam matapelajaran berikut pada peringkat PMR:
      a)      Bahasa Melayu
      b)      Sains
      c)       Kemahiran Hidup
      d)      Matematik

KEMAHIRAN
1.                 Mekanik Penyamanan dan Penyejukan Udara
2.                 Juru Elektrik Rendah
3.                 Juruteknik Automotif
4.                 Pembuat Pakaian Wanita
Berminat dengan kursus yang ditawarkan.
SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL
1.    Mekanik Penyamanan dan Penyejukan udara
Berminat dengan kursus yang ditawarkan.
*perempuan sahaja.

- Program pengajian adalah selama empat (4) tahun dengan menggunakan sistem semester.
- Di akhir pengajian, pelajar akan menerima Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

12 comments:

  1. Minta maaf..KV Matang belom ada tawarkan kursus tersebut.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kalau minat, awak boleh cuba mohon. Keputusan nanti ditentukan oleh pihak BPTV dan bergantung kepada kekosongan tempat. TQ..

    ReplyDelete
  5. Adakah semua kursus yang disenaraikan di atas boleh dipohon atau kursus tertentu saje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kursus yg disenaraikan di atas memang ada di tawarkan di Kolej Vokasional Matang.

      Delete
  6. boleh dftar pakai result pmr yg sbnar kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat pmhonan tu dletakkan percubaan pmr , so boleh letak result pmr yg sebenar la dekat situ ?

      Delete
  7. Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Minta maaf admin, tp kursus Seni Kulinari tidak ditawarkan di Kolej Vokasional Matang, hanya ditawarkan di Kolej Vokasional Kuching (Batu Lintang). Terima kasih.

    Utk pengetahuan semua, hanya keputusan percubaan PMR sahaja yg dpt diisi dlm borang, krn tarikh tutup adalah 25 Disember 2013, dan pendaftaran dlm Januari 2014. Jd, keputusan PMR sebenar blm ada lagi.

    ReplyDelete